7 Tabiat Orang-Orang Produktif

Tidak kira di mana kita bekerja, setiap orang pasti mencari cara untuk lebih produktif dalam tugasnya. Tetapi pengambilan kafein berlebihan dan mengikuti suatu senarai tugas tidak akan membantu kita dalam mencapai tahap produktiviti maksimum.

Jadi, mengapakah kita semua terlalu taksub dengan produktiviti? Ini mungkin kerana di zaman digital ini, mengelak daripada gangguan dan menumpukan perhatian dalam tugas lebih diutamakan berbanding menyempurnakan perkerjaan itu sendiri.

Luangkan masa untuk melakukan tabiat-tabiat seperti berikut untuk meningkatkan produktiviti.

· Kurangkan senarai tugas (to-do list) hingga separuh.

Menyelesaikan banyak hal sepanjang hari bekerja bukan bererti menyelesaikan sebanyak mungkin pekerjaan setiap lapan jam bekerja. Mengurangkan to-do list hingga separuh merupakan satu langkah yang boleh diambil. Tingkatkan tumpuan dan selesaikan tugas-tugas yang lebih penting dahulu.

· Istirehat

Kepenatan berfikir setelah beberapa jam bekerja merupakan satu tanda bahawa kita perlu berehat. Otak memerlukan tenaga untuk berfikir. Oleh yang demikian, waktu rehat memberi peluang untuk menenangkan fikiran. Berjalan-jalan sejenak, makan sarapan atau snek, atau sekadar bermeditasi dapat menyegarkan otak.

[auth]

· Ikut Aturan 80/20.

Hanya 20% dari apa yang kita lakukan setiap harinya berupaya menyumbangkan kepada 80% produktiviti keseluruhan. Hindarkan daripada melakukan perkara-perkara yang kurang penting – yang kurang menyumbang kepada produktiviti keseluruhan – sepanjang hari.

· Gunakan pagi hari untuk memfokus pada diri anda

Mulakan hari anda dengan membaca e-mail dan ckalendar adalah pembunuh produktiviti. Tabiat ini menyebabkan orang lain mengawal kita. Mulakan hari anda dengan sarapan yang baik, membaca berita, bermeditasi, atau sukan yang ringan. Kebiasaan ini dapat memberikan tenaga yang cukup untuk mengawal hari anda.

· Selesaikan masalah sebelum makan tengahari

Selesaikan masalh dalam pekerjaan ketika otak masih segar. Jika kita punya temujanji atau hal lain di luar tugas pejabat, ketepikan kegiatan tersebut untuk petang hari. Dengan menjadualkan hari kita sebegini, kita dapat menciptakan cara baru dan lebih produktif dalam pengurusan masa.

· Hentikan Kekeliruan Antara Kecekapan Dengan Kemalasan

Walaupun ramai yang tidak mengakuinya, tetapi kemalasan adalah punca utama pengurangan produktiviti. Bezakan antara kemalasan dengan kecekapan dan keberkesanan. Tumpukan perhatian pada perkara-perkara yang tinggi kepentingannya sebaik mungkin.

· Hentikan Tugas-pelbagai (Multi-tasking)

Hentikan daripada melakukan banyak hal dalam satu masa. Berganti-ganti mengerjakan tugas lebih dari 10 kali dalam sehari menyebabkan penurunan purata IQ 10 mata. Lakukan tugas dengan lebih berkesan dengan memberi tumpuan pada satu pekerjaan dalam satu waktu.