Kelebihan Santan Yang Perlu Kita Ketahui

Masakan yang berlemak membuatkan makanan menjadi lebih sedap. Untuk menjadikan makanan berlemak dan mempunyai rasa yang enak, santan akan digunakan dalam masakan. Santan merupakan ramuan masakan yang popular di Malaysia.

Cara membuat santan pada masa dahulu ialah, kelapa yang diparut akan diperah dengan mencampurkan air suam untuk mendapatkan santan. Kaedah memarut isi kelapa boleh digunakan secara semulajadi atau menggunakan mesin pemarut yang banyak dijual di pasaran pada masa kini.

Tetapi, tahukah anda santan mempunyai banyak manfaat, antaranya;

Mengandungi laktosa dan vitamin

Menurut Prof. Shirasawa dalam bukunya yang bertajuk “Food the Brain”, santan tidak mengandungi laktosa dimana santan bertindak sebagai pengganti susu, kaya dengan serat, vitamin C, E, B1, B3, B5, B6, zat besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus.

Mengandungi asid laurik

Selain itu, menurut beliau juga, santan mempunyai asid laurik dimana asid ini akan ditukarkan kepada sebatian anti-virus dan anti-bakteria dalam badan yang dikenali sebagai monolaurin. Dengan adanya asid laurik, ia akan membantu memusnahkan pelbagai organisma yang menyebabkan penyakit.

Kalori rendah

Santan mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding minyak kelapa dimana 100g minyak kelapa mengandungi 900kcal, manakala 100g santan mengandungi 245kcal.

Mengatasi kerutan dan tanda penuaan

Santan kelapa bermanfaat untuk mencegah kerutan di wajah kerana santan mengandungi vitamin C yang mampu mengencangkan kulit. Caranya sangat mudah, iaitu dengan mengoleskan santan pada wajah dan dibiarkan selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Membersihkan kulit dan pori-pori kulit

Santan mencegah dari timbulnya jerawat dan komedo. Gunakan santan sebagai scrub, dengan itu, pori-pori kulit boleh dibersihkan.

Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan

Menurut Johannes van Overbeek (1943), santan menggalakkan secara aktif pertumbuhan tumbuhan dimana terdapat kehadiran lemak cytokinin yang dikenali sebagai zeatin. Selain itu, peningkatan 10% santan pada substrate tanaman gandum menunjukkan peningkatan pada hasil tuaian.

Masih terdapat manfaat lain yang berguna, yang tidak dinyatakan di artikel ini. Anda boleh mencarinya untuk menambah pengetahuan. Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan, tetapi ia juga digunakan untuk bahan lain seperti yang dinyatakan di artikel tersebut.

Sekian dulu entri saya kali ini. Saya berharap agar entri saya dapat membantu usahawan semua.

https://kedaimesinmakanan.com/manfaat-santan-y…dak-kita-ketahui/