Tips Untuk Tarik Ramai Pelanggan, Jom Ikuti Tips Ini
Kajian membuktikan bahawa kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak usaha dibandingkan dengan mengekalkan pelanggan lama. Walau bagaimana pun, banyak usahawan atau perniagaan yang terlupa akan perkara ini kerana terlalu sibuk mencari pelanggan baru. Padahal usaha yang lebih sedikit sahaja terhadap pelanggan lama akan menjadikan mereka setia terhadap produk anda.
Sebelum anda memulakan usaha untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mengetahui tahap kesetiaan pelanggan anda sekarang.
Berapa ramai pelanggan anda yang berpaling kepada pesaing anda dan menjadi pelanggan setia mereka? Adakah perkhidmatan yang anda berikan membuatkan pelanggan anda kembali atau lari dari anda? Pernahkah anda meletakkan diri anda dalam situasi pelanggan? Mahukah anda membeli dan terus membeli produk anda jika anda seorang pelanggan?
Jika anda menjawab soalan tersebut secara jujur, anda akan lebih mudah menilai dari sudut pandangan pelanggan. Dengan itu lebih mudah bagi anda untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut pandangan mereka.
Tips-tips yang diberikan di bawah mudah diikuti, asal ada kemahuan dan komitmen untuk melaksanakannya dengan konsisten. Jika anda melaksanakannya, dijamin pelanggan akan lebih setia dengan perniagaan anda.
1. Adakah produk yang anda jual berpotensi untuk mendapat pesanan berkala (repeat order)
Pengilang pisau cukur mereka pisau cukur pakai buang. Kanta lekap pakai buang, pakai seminggu atau sebulan. Sangat penting untuk memilih perniagaan yang berasaskan pesanan berulang (repeat order) atau mencipta produk pelengkap atau aksesori yang dapat melengkapi produk utama anda ketika ini.
2. Komunikasi ringan dengan pelanggan
Bila kali terakhir anda mengirim nota “Terima Kasih” kepada pelanggan anda? Jika anda tidak pernah berbuat demikian, mulakan sekarang. Bagaimana perasaan pelanggan anda apabila mendapat nota “Terima Kasih” daripada anda? Sebagai contoh, sebuah perusahaan servis kereta selalu mengirim sms sehari setelah melakukan servis. Isi sms tersebut berbentuk ucapan terima kasih atas penggunaan perkhidmatan servis kereta mereka, dan memberi nombor talian khidmat pelanggan yang boleh dihubungi jika terdapat masalah selepas servis.
3. Hubungi pelanggan yang sudah lama membeli produk anda
Tindakan yang sederhana seringkali memberi hasil yang luar biasa. Dengan menghubungi pelanggan-pelanggan lama anda, yang biasanya tidak terlalu ramai, anda berpotensi mendapat rujukan (reference) yang boleh dihubungi.
4. Memberi peringatan kepada pelanggan
Saya sangat menghargai salah sebuah pengeluar kad kredit yang sering mengirim SMS yang berbunyi: ”Terima kasih atas pembayaran kad kredit anda bla bla bla …. Sebelum 16 Jun 2015. Jumlah yang perlu dibayar bulan ini adalah RM…. Gunakan kad kredit xxxx dan dapatkan mata setiap kali anda berbelanja.” Atau SMS seperti: “Kereta anda perlu dihantar untuk servis. Menurut rekod kami, anda telah menghantar kereta untuk diservis 4 bulan yang lepas. Kami menanti kedatangan anda.”
https://kedaimesinmakanan.com/nak-tarik-ramai-…g-yang-simple-ni/