CARA PROSES MEMBUAT ROTI
Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya. Bahan asas yang digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan.
Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. Perbezaan peralatan seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.
Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti² yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya.Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini. Tetapi tahukan anda, bagaimana membuat roti yang gebu mengunakan mesin yang akan memudahkan urusan penghasilan roti ?. Disini saya akan kongsikan beberapa jenis mesin yang berkaitan dengan nya.
Langkah pertama :
kita boleh mengaulkan semua bahan-bahan adunan roti dengan menggunakan spiral mixer atau plantery mixer.
- Mesin plantery mixer ini mempunyai 3 jenis kapasiti iaitu B10, B20 dan B30. Untuk B10 mampu memuatkan 1-2 kg bahan, B20 mampu memuatkan 3-4kg bahan manakala B30 mampu memuatkan sehingga 5-7kg bahan.
- Mesin ini dibekalkan bersama 3 jenis bilah. Mesin ini sesuai untuk mengadun doh seperti doh karipap,doh roti, doh keria dan sebagainya
- Mesin spiral mixer ini mempunyai beberapa jenis kapasiti. H20 boleh memuatkan dalam 20 liter bahan, H30 boleh memuatkan dalam 30 liter bahan, H40 boleh memuatkan dalam 40liter bahan dan H50 mampu memuatkan dalam 50 liter bahan.
- Mesin Spiral Mixer ni sangat sesuai digunakan untuk pengadun doh seperti pau, donut, kek dan sebagainya.
- Mesin Spiral Mixer bukan sahaja mampu untuk menjimatkan tenaga manusia tetapi juga menjimatkan masa dan doh yang diuli lebih cantik, gebu, dan lembut.
Langkah kedua:
Kita boleh menggunakan mesin dough divider untuk pembahagikan doh roti, bagi memudahkan proses pembahagikan doh .
- Mesin dough divider ini, mampu memuatkan capacity sebanyak 39 pcs sekali proses.
Langkah ketiga :
selepas proses menguli tepung , proses membahagikan doh , kita masuk ke proses membakar . untuk membakar roti, kita boleh membakar roti menggunakan oven .
- Oven ini mempunyai beberapa jenis mengikut bilangan tray .
- ada oven yang 1 deck 2 tray ataupun 2 deck 4 tray
- kita boleh set kan suhu pada oven mengikut suhu yang bersesuaian dengan jenis roti yang di proses.
Langkah keempat :
untuk langkah yang terakhir, selepas proses membakar, kita boleh ambik roti yang sudah dimasak keluarkan dari oven , dan biarkan sejuk untuk masukan dalam pembungkusan. untuk pembungkusan , kita boleh menggunakan mesin sealer FR900.
- Mesin sealer ini, mempunyai 2 jenis . FR900 dan FR1000.
- Perbezaan kedua mesin ni adalah perbezaan dari segi warna . mesin FR900 mempunyai warna biru di bawah nya, dan mesin ini tidak mempunyai cetakkan tarikh luput
- mesin FR1000 mempunyai warna hijau di bawahnya, dan mesin ini mempunyai cetakkan tarikh luput.
- ia dapat memudahkan dan dapat cepat masa untuk pembungkusan roti.
jika kita membuat proses roti buku, kita boleh menggunakan mesin bread slicer untuk slice kan roti menjadi kepingan. mesin ni dapat mencepatkan dan memudahkan untuk memotong roti mengikut kepingan yang kita mahukan .
Dah siap ! yang mana sedang mencari mesin-mesin untuk proses membuat roti, boleh la cuba .