Teknik Komunikasi Berkesan

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain”. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

  1. perbuatan menghantar matklumat; dan
  2. proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Adab-Adab Berkomunikasi Sebagai Orang Mukmin

  1. Merendahkan suara dan berlemah lembut dalam berbicara

    “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Al-A’raf: 55)

  2. Berbicara dengan baik dan sopan

    “Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil, “Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta bertutur katalah yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.” Tetapi kemudian kamu berpaling (mengingkari janji), kecuali sebagian kecil di antara kamu, dan kamu (masih menjadi) pembangkang.” (Al-Baqarah: 83)

  3. Mendengar dan tidak memotong perbicaraan orang lain

    Marilah kita bermuhasabah diri, kadang-kadang apabila kita bercakap dengan orang lain, kita tak sedar bahawa mungkin kita pernah terpotong perbicaraan mereka, secara tak langsung melukai hati mereka.

    “Dan apabila dibacakan Alquran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A’raf: 204).

    “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (HR. Bukhari)

    Kita haruslah berkata-kata mengikut keperluan, dan kita juga haruslah diam mengikut keperluan. Hal ini kerana dikhuatiri percakapan kita akan lebih banyak dosa dan menjadi sia-sia.

  4. Tidak boleh berdusta

    Antara ciri-ciri orang munafik adalah apabila berbicara, ia berdusta.
    “Celakalah orang yang berdusta dalam berbicara supaya orang lain tertawa. Celaka dia! Celaka dia!” (HR Abu Dawud)

    Perkataan “celaka” disebut berkali-kali untuk orang yang berdusta apabila berbicara. Kita harus takut untuk berdusta kerana ia mendatangkan keburukan dan Rasulullah sangat mencela orang yang berdusta.

  5. Memulakan dengan salam sebelum memulakan perbicaraan

    “Barang siapa yang tidak memulai sesuatu bicara dengan salam, maka janganlah kalian jawab.” (HR. Baihaqi)

    Dalam kita bermuamalah sesama manusia, ada adab-adabnya. Yang tinggal, untuk kita applikasi dan beramal dengan adab-adab tersebut.

HIKMAH TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

  1. Hidup dalam keadaan harmoni dan aman kerana sifat persefahaman yang ditunjukkan.
  2. Dapat bertuka-tukar pandangan supaya masyarakat maju dan makmur.
  3. Mendapat keredhaan allah kerana mengamalkan adab yang mulia.
  4. Dipandang tinggi oleh masyarakat lain kerana berperibadi unggul.

(Sumber: //maahadmuarjalanjunid.blogspot.com/2019/02/akhlak-adab-berkomunikasi.html)

(Seha)