Warehouse Waffiy Industries, Sungai Petani, Kedah 013-413 6032017-791 0292
Shop

AF8000 Vertical Auger Powder Filling Head

Kod: AF8000
Hubungi untuk harga
Harga bergantung pada model dan stok semasa. WhatsApp kami untuk sebut harga.

6 Bulan Warranty Sokongan Mersa Pelanggan Perkhidmatan Perhantaraan Model: AF8000 Untuk Maklumat Lanjut atau direct contact Tekan Sini

Boleh datang tengok & uji mesin di warehouse Sungai Petani
Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Latihan penggunaan & sokongan teknikal selepas jualan
Waranti & alat ganti disediakan

Mesin Pengisian Serbuk Auger Kepala Menegak

(AF8000 Kalvac Vertical Auger Powder Filling Head)

Mesin Pengisian Auger Siri Kalvac paling sesuai untuk mengisi produk kering & serbuk. Rangka keluli
tahan karat dengan semua bahagian sentuh gred makanan. Corong buka sisi memudahkan pembersihan, penyelenggaraan
dan membantu mengurangkan habuk semasa operasi.

Untuk serbuk & bahan kering
Auger menegak
Rangka SS
Sentuh produk gred makanan
Corong buka sisi
Reka bentuk kalis habuk

Ringkasan Spesifikasi & Ciri

Model AF8000
Aplikasi Serbuk makanan & bahan kering (susu tepung, kopi, koko, rempah, tepung, campuran pra-adun)
Ketahanan mesin Rangka keluli tahan karat; semua bahagian sentuhan produk adalah gred makanan.
Pembersihan mesin Corong terbuka sisi untuk pembersihan mudah, penyelenggaraan & kalis habuk.
Jenis pengisian Auger menegak (graviti bantu aliran)
Kawalan dos Putaran auger / masa / berat (bergantung konfigurasi)
Integrasi talian Serasi konveyor, mesin sealing & sistem penimbangan
Bekalan kuasa — 220V (tipikal) / lain-lain atas permintaan
Julat dos — Disahkan semasa quotation mengikut produk
Ketepatan tipikal — Bergantung sifat serbuk & sistem timbang
Parameter Opsyen/Nota Kegunaan
Skru auger Pelbagai diameter & pitch Padan kelikatan/aliran serbuk
Corong Standard / besar / dengan agitator Kekalkan aliran, elak bridging
Nozel Anti-debu, quick-change Tukar format pantas, kebersihan lebih baik
Kawalan PLC / timer / load cell Dos tepat & boleh ulang
Bahan Keluli tahan karat + bahagian sentuh gred makanan Pematuhan kebersihan makanan

Kelebihan & Penggunaan

Kalvac AF8000 memberikan pengisian serbuk yang stabil dan konsisten untuk botol, balang, sachet
dan pek pra-bentuk. Reka bentuk sanitari memudahkan pertukaran produk & pembersihan harian.

Kelebihan / USP

  • Tahan lasak & hygienic – badan SS & bahagian sentuh gred makanan.
  • Pembersihan cepat – corong buka sisi, akses dalaman mudah.
  • Dos konsisten – kawalan putaran/massa/berat mengikut keperluan.
  • Modular – pilihan agitator, corong & nozel untuk pelbagai serbuk.

Siapa Sesuai Guna?

  • FMCG makanan – susu tepung, koko, kopi, krimer, serbuk minuman.
  • Rempah & bahan kering – serbuk kari, lada, herba kering.
  • Bakeri/central kitchen – tepung, gula halus, campuran pra-adun.
  • Nutraseutikal – serbuk suplemen patuh gred makanan.

Perkhidmatan & Jaminan

  • Konsultasi produk – uji aliran serbuk & cadangan skru/agitator yang sesuai.
  • Pemasangan & commissioning (lokasi terpilih) + latihan operator.
  • Jaminan 12 bulan (kecacatan pembuatan) & sokongan WhatsApp.
  • Alat ganti & nozel – opsyen quick-change untuk format berbeza.

Nota: Spesifikasi bertanda "—"/pilihan akan disahkan semasa quotation.

Soalan Lazim (FAQ)

Serbuk sukar mengalir boleh diisi?
Boleh, syor corong ber-agitator & auger dengan pitch sesuai.
Ketepatan pengisian?
Bergantung sifat serbuk & sistem timbang (timer vs load cell). Ujian sampel disyorkan.
Mudah tukar format pek?
Ya, nozel & skru auger quick-change untuk penukaran pantas.
Standard kebersihan?
Bahagian sentuh gred makanan, reka bentuk kalis habuk & mudah dibuka untuk pembersihan.

Pilihan

ModelAF8000
Power4.5KW
Filling Capacity0-70Times/Min
Filling Accuracy±1%
Filling Range50-5000G
Auger Tank Volume80L
Dimensions120*90*140CM
2019 · 1:01Facebook
2019 · 0:25Facebook

Semua video Mesin Powder Filling

Nak sebut harga AF8000 Vertical Auger Powder Filling Head?

Beritahu lokasi dan kapasiti harian anda. Kami balas dalam waktu operasi.