Warehouse Waffiy Industries, Sungai Petani, Kedah 013-413 6032017-791 0292
Shop

Pressure Fryer Gas 25L Panel Program

Kod: WK-PFG-PR
Hubungi untuk harga
Harga bergantung pada model dan stok semasa. WhatsApp kami untuk sebut harga.

Mesin goreng tekanan heavy duty. Goreng ayam, itik dan ikan keli dengan cepat, rangup di luar dan lembap di dalam.

Boleh datang tengok & uji mesin di warehouse Sungai Petani
Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Latihan penggunaan & sokongan teknikal selepas jualan
Waranti & alat ganti disediakan

Penerangan

Pressure Fryer Gas 25L Panel Program ialah mesin goreng tekanan (pressure fryer) heavy duty untuk kedai ayam goreng, restoran, kafeteria dan pengusaha itik goreng. Makanan digoreng dalam periuk bertutup dan bertekanan, jadi haba masuk sampai ke tulang dengan cepat. Ayam, itik dan ikan keli masak sekata dalam beberapa minit, kulit rangup dan isi kekal lembap.

Sesuai untuk ayam goreng, kepak dan drumstick, itik goreng, ikan keli, ayam penyet dan lauk goreng lain. Model gas.

Ciri utama

  • Masak dalam periuk bertekanan: masa goreng lebih singkat, daging lembap di dalam dan rangup di luar
  • Minyak kurang terserap ke dalam makanan, jimat minyak
  • Penutup kunci tekanan dengan injap keselamatan
  • Badan stainless steel dengan roda, mudah dialih dan dicuci
  • Panel program dengan butang menu: tetapkan masa dan suhu untuk setiap menu, staf cuma tekan satu butang.
  • Pam tapis minyak (model dengan pam): tapis minyak selepas goreng, minyak tahan lebih lama

Pilihan model

PilihanPelepasan tekanan
Dengan pam tapis minyakAutomatik
Tanpa pamAutomatik

Spesifikasi

Kapasiti minyak25 liter
Sumber habaGas LPG · sistem pembakar gas (fire row)
Penggunaan gas0.48 kg/jam
Elektrik (panel & pam)220V 50Hz · 0.44 kW
Dimensi (P × L × T)460 × 970 × 1220 mm
Berat bersih135 kg
Panel kawalanPanel program dengan butang menu
BadanStainless steel, beroda
JenamaWaffiy Kitchen

WhatsApp kami untuk harga, stok, video mesin dan jadual penghantaran.

Pilihan

JenamaWaffiy Kitchen

Nak sebut harga Pressure Fryer Gas 25L Panel Program?

Beritahu lokasi dan kapasiti harian anda. Kami balas dalam waktu operasi.