PROSES CILI BOH
Untuk langkah pertama,gunakan Mesin Grinder Cili Kering (MH-5) untuk mengisar cili kering. Tetapi cili kering haruslah direbus terlebih dahulu baru bolehmasukkan ke dalam mesin grinder. Mesin ini dapat menghancurkan cili 100% seperti menggiling. Mesin ini menggunakan batu bersaiz 5 inci bagi mendapatkan hasil yang cantik dan halus. Kapasiti mesin ini mampu mengisar dalam 30kg ke bawah dalam masa 1 jam sahaja. Mesin ini made in Taiwan ye, jadi memang best bila menggunakan mesin ini.

MESIN UNTUK MEMASAK CILI BOH
Untuk langkah yang kedua, untuk memasak cili yang telah dikisar, usahawan boleh memilih untuk menggunakan Mesin Kawah Stainless Steel ataupun Mesin Kawah Aluminium. Mesin kawah dapat membantu usahawan untuk menjimatkan masa, tenaga dan mempercepatkan proses masakan Cili Boh.
Mesin Kawah Stainless Steel mempunyai 2 saiz iaitu 24 inci dan 36 inci. Untuk mesin yang besaiz 24 inci boleh memuatkan dalam 80 liter bersamaan 30-40kg manakal mesin yang bersaiz 36 inci mampu memuatkan sehingga 150 liter bersamaan 70 kg. Selain untuk masak cili boh, Kawah Stainless Steel juga sesuai untuk masak inti karipap, kerisik, dodol dan sebagainya.

Pilihan kedua untuk memasak cili boh, usahawan boleh menggunakan Mesin Kawah Aluminium. Mesin ini mampu memuatkan 40 liter untuk sekali proses, Mesin Kawah Aluminium juga sesuai untuk masak serunding, kerisik, sambal dan sebagainya.

MESIN UNTUK MENGISI CILI BOH (FILLING MACHINE)
Selesai proses kisar cili boh, untuk pembungkusan usahwan boleh menggunakan Mesin Semi Auto Liquid Filling Packaging. Mesin ini mempunyai 3 jenis kapasiti yang berbeza. Untuk G1WG300 liquid filling range antara 20-300ml. Untuk G1WG1000, liquid filling range antara 100-1000ml dan G1WG500 liquid filling range 500-5000ml. Untuk mesin ini, memerlukan compressor ye, kami jual compressor asing ye. Untuk pilihan, jika usahawan yang membekalkan cili boh yang tidak memerlukan proses masak, selepas menggunakan mesin MH-5 usahawan boleh terus ke proses pembungkusan menggunakan Mesin Liquid Filling.

MESIN UNTUK MEMBUNGKUS CILI BOH (SEALING MACHINE)
Untuk mesin pembungkusan yang kedua, usahawan boleh menggunakan Mesin Continous Sealer FR1000V atau FR900V. Untuk mesin FR1000V mempunyai expired date(tarikh luput) manakal untuk FR900V tidak mempunyai expired date. Plastik yang sesuai digunakan ketika menggunakan mesin ini adalah PP,PE. Pilihan usahawan untuk menggunakan mesin yang ada expired date ataupun tidak ada expired date.
PEMBEKAL MESIN MAKANAN
Kami merupakan syarikat bumiputera pembekal mesin makanan termurah di malaysia 019 911 1017 | 017 791 292 | 011 1196 4612 | 016 746 7852
waffiyindustries@gmail.com
KEDAI MESIN MAKANAN
SHOWROOM (KEDAI)
LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
OFFICE MARKETING
NO 22, JALAN SATU, TAMAN JEJAWI PERMAI, 01000 KANGAR PERLIS