Tips Perniagaan Kecantikan Online
Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini, kos sara hidup juga dilihat semakin meningkat naik. Kos yang tinggi itu kadangkala menjadikan kita bekerja bukan untuk meneruskan kehidupan tetapi kita hidup untuk bekerja bagi menanggung kos hidup dan juga membayar segala hutang yang tertunggak. Oleh itu, ramai yang mula mencari tambahan dengan melakukan perniagaan melalui Internet/secara online.
Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan menjadi sebab utama ramai orang memilih perniagaan internet untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Selain itu, anda juga tidak memerlukan kedai ‘fizikal’ dan ini membolehkan anda berniaga di mana-mana sahaja tanpa perlu menyewa kedai. Anda juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan, tetapi hanya perlu berhubung dengan mereka melalui medium-medium sosial seperti Facebook, Emel, Twitter dan lain-lain lagi. Tambahan pula, perniagaan internet ini boleh dijalankan dari rumah dan hal ini secara tidak langsung membolehkan anda bersama keluarga tersayang setiap hari.
Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita. Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!
Bagaimana nak bermula?
Buat sendiri produk anda dan jenamakan
Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, langkah ini sangat sesuai untuk anda. Cuba gunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling anda dan gabungkan bahan-bahan tersebut menjadi satu produk baru.
Contoh: Anda boleh hasilkan ‘mask’ muka anda sendiri yang diperbuat daripada oat, madu dan herba, kemudian jual secara online. Pada peringkat permulaan, mungkin anda boleh promosikan kepada keluarga atau sahabat rapat. Jika respon yang diterima memberangsangkan, tidak mustahil untuk produk di atas jenama anda sendiri ini bakal diterima di seluruh negara pula.
Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran
Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.
Contoh: Syarikat D’Herbs yang dimiliki oleh Datuk Aliff Syukri mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus(kedai)
Agen dropship
Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.
Contoh: Kedai online popular WJPHOUSE Online Shop Beauty & Health yang dimiliki oleh Noorain bt Seman membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka dengan yuran pendaftaran hanya RM20. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.
Cara pemasaran dan medium pembayaran
Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.
Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!
Tip Ringkas
Jangan malu untuk memulakan perniagaan anda sekecil yang mungkin. Jangan laburkan wang yang terlalu banyak pada peringkat permulaan, dan jika anda menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, anda akan berada di dalam situasi tertekan dengan bebanan hutang. Fokus anda bukan lagi untuk mengembangkan perniagaan sebaliknya membayar hutang. Selain itu, jangan malu untuk menerima kritikan dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
(NANA – 0167467852)
Kedai Mesin Santan di Bertam Perdana |
Kedai Mesin Cili Boh di Penang |
Kedai Mesin Satay Murah di Balik Pulau |
Kilang Muruku di Bertam |
Kedai Mesin Dodol di Penang |
Kedai Mesin Makanan di Bertam Perdana |
Kedai Mesin Spinner di Bertam |
Showroom Kawah Murah di Pulau Pinang |
Kilang Muruku di Bertam |
Kedai Potong Tulang Frozen Penang |
Kilang Mesin Packaging Di Balik Pulau |
Kedai Mesin Proses Ayam Di Bertam |
Showroom Proses Santan Di Pulau Pinang |
Kilang Mesin Kerepek Balik Pulau |
Kedai Proses Cili Boh Murah di Penang |
Kedai Mesin Roti Canai di Bertam Perdana |
Showroom Mesin Uli Tepung di Pulau Pinang |
Kedai Pembekal Mesin Kisar Daging Penang |
Kedai Mesin Murah Proses Roti Di Penang |
Kedai Mesin Cabut Bulu Burung Puyuh Dan Ayam Di Bertam |
Kedai Mesin Vacuum Packaging di Penang |
Shoroom Mesin Pengisar Serbuk Murah di Pulau Pinang |
Kedai Jual Mesin Proses Keropok Lekor |
Kedai Steamer Termurah di Utara |
Kedai Mesin Potong Dadu di Bertam Perdana |
Pembekal Mesin Proses Tempe Di Bertam |
Kedai Mesin Parut Kelapa Di Penang |
Pembekal Mesin Murah Cetak Cendol Di Bertam |
Pembekal Mesin Kaya Cooker di Balik Pulau |
Kedai Mesin Blender Heavy Duty di Penang |
kedai Jual Mesin Karipap Penang |
Kedai Jual Mesin Donut Penang |
Kilang Mesin Uli Doh Kepala Batas |
Kilang Jual Mesin Packing Sambal Penang |
Kilang Mesin Pack Maruku Di Penang |
Kedai Mesin Slicer Keropok Lekor Di Bertam |
Pembekal Mesin Cetak Burger Di Penang |
Kilang Mesin Liquid Filling Fully Auto Di Utara |
Showroom Mesin Murah Proses Kerisik Di Seluruh Utara |
Kedai Mesin Murah Kawah Hitam Di Bertam |
Kedai Mesin Uli Doh Keropok Lekor Di Penang |
Kedai Jual Mesin Kawah murah Penang |
Kedai Jual Mesin Blender Heavy Duty Di Penang |
Blender Heavy Duty Murah Di penang |
Blender Heavy Duty Penang Murah Di penang |
Kilang Jual Oven Murah Di Bertam |
Kilang jual Mesin Leper Doh Murah Di Penang |
Kedai Jual Mesin Proofer Di Penang |
Pembekal Mesin Oven Drying Di Penang |
Mesin Bahagi Doh Murah di Penang |
Kilang Jual Mesin Continuos Sealer murah Di Kepala Batas |
Kedai Jual mesin pack Maruku Penang |
Kilang jual Mesin blowing sealer Di Penang |
Kedai Mesin Kupas Kentang Di Penang |
Kilang Mesin Proses Soya Di Bertam |
Kedai Mesin Cetak Meatball Di Balik Pulau |
Pembekal Mesin Kupas Bawang Putih Di Penang |
Kilang Jual Mesin Potong Tulang Penang |
Pembekal Mesin Marinate Murah Di Penang |
Kedai Jual Mesin Kuih Siput Kepala Batas |
Kedai Mesin Kupas Kacang Soya di Bertam |
Kedai Mesin Rebus Ayam di Penang |
Kilang Mesin Perapan di Balik Pulau |
Kedai Mesin Drum Roaster di Penang |
Kedai Mesin Membulat Doh Roti Di Utara |
Pembekal Mesin Proses Karipap Di Bertam |
Pembekal Mesin Murah Proses Capati Di Penang |
Kedai Mesin Fritter Murah Di kepala Batas |
Kedai Mesin Potong Serai di Pulau Pinang |
Kedai Mesin Vegetable Cutter Murah Di Penang |
Kilang Mesin Pengisar Serbuk Di Betam |
Kilang Jual Mesin Pau Automatik Murah di penang |
Kedai mesin packaging power di penang |
Kedai Jual Mesin murah di malaysia |
Kedai Jual Mesin packaging 3side liquid atau cecair |
Mesin packaging tempe |
mesin packaging makanan kucing |
kedai jual mesin packaging murah di malaysia |
kedai mesin liquid filling |
mesin untuk minyak masak packaging |
tempat practikal di penang |
tempat latihan industri computer sains di bertam penang |
tempat praktikal di bertam penang |
tempat practical di kepala batas penang |
tempat practical enginering kedai melayu di penang |
tempat intership di penang kepala bats |
tempat intership IT di bertam kepala batas penang |
tempat latihan industri di kepala batas pulau pinang |
latihan industri di bukit mertajam |
latihan industri di usm penang |
jkr pulau pinang latihan industri |
pengalaman intern di penang |
latihan industri seberang jaya |
penang internship |
latihan industri di penang port |