Ketahui beberapa proses untuk menjalankan perniagaan santan
Hai assalammualaikum usahawan berjaya,, entri kali ni saya nak share khas kepada usahawan yang ingin menjalankan perniagaan produk santan. Sebelum kita memulakan satu perniagaan yang berasaskan makanan..kena ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira..terutamanya yang melibatkan proses dan peralatan serta mesin yang diperlukan untuk melancarkan penghasilan sesuatu produk. Bila nak buat sesuatu perniagaan mestilah ada sentiasa ada progress dan grow bukan? So untuk entri ni..saya fokuskan kepada proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan santan.
-
Proses untuk membuang tempurung kelapa
Untuk proses ini sememangnya memang mengambil masa sekiranya terpaksa menggunakan tenaga manusia dan kudrat yang banyak kan?? Jadi perlu ada mesin yang bersesuaian seperti mesin buang tempurung kelapa untuk mempercepatkan proses pertama iaitu membuang tempurung kelapa. Bayangkan jika anda terpaksa buat 100 biji ke atas setiap hari tanpa menggunakan mesin??
Untuk mesin ni ada dua jenis model iaitu HR 01 single head (1 mata) dan HR 02 double head (2 mata)..so ada berbeza harga disitu.. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian, bajet dan berapa banyak kelapa yang akan atau diproses setiap hari. Kat sini saya share link untuk detail mengenai mesin yang saya sebutkan tadi. LIHAT DI SINI
Ramai usahawan yang ingat boleh skip part nie..jangan ya! Sebab part ni sebenarnya sangat penting untuk mendapatkan tekstur santan yang baik dan cantik nanti.. Bagi kelapa yang tidak diparut..akan menyebabkan santan tersebut tidak menjadi putih dan gebu.
Untuk mesin parut kelapa ini ada 2 modal yang dikeluarkan iaitu model SSCG yang mempunyai body zink dan body steel..harga juga berbeza mengikut body mesin ya.. Sebagai usahawan yang nak berjaya, kita kena pastikan produk yang dipasarkan akan sentiasa menjadi pilihan pelanggan kan? Kalau ada 3 orang pengusaha santan di tempat anda..bagaimana anda akan sentiasa menjadi pilihan pertama?? Oleh itu, seharusnya anda perlu menghasilkan santan yang baik dan berkualiti kepada pelanggan kita. Kalau nak tengok mesin yang saya sharekan tadi jom tekan link ni untuk tengok katalog dan detail mesin. LIHAT DI SINI
Semestinya bagi pengusaha santan, memerlukan kelengkapan dan mesin yang sememangnya untuk memudahkan proses menghasilkan santan..proses ini merupakan proses akhir bagi mendapatkan santan yang berkualiti. Jadi untuk mendapatkan santan yang baik mesti pakai mesin ya usahawan..hehe
Mesin perah santan ni ada dua jenis yang selalu digunakan oleh usahawan. Kalau kita tengok di market selalunya akan ada mesin-mesin ini kan? Jenis yang pertama ialah HYDRAULIC dan satu lagi jenis EXTRACTOR. Jadi apa perbezaan dan bagaimana mesin ini berfungsi? Jom tekan link ini untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai mesin perah santan ini. LIHAT DI SINI
Kesimpulannya sebagai usahawan yang terlibat dalam proses menghasilkan makanan seperti santan, kita perlu memberi penekanan kepada penghasilan produk dan kualiti yang harus dijaga bagi memastikan perniagaan kita ini akan sentiasa grow dan produktif. Sememangnya jika kita sudah memilih jalan untuk menjadi usahawan..kita kena bersedia untuk melakukan perubahan yang besar dan sanggup untuk melabur demi mengembangkan perniagaan anda.
Buka minda sebagai usahawan dan sentiasa bersedia untuk mengikut keperluan dan kehendak semasa. Proses perkembangan dalam sesuatu bisnes yang dijalankan amatlah penting. Mana lah tahu jika suatu hari nanti anda dapat memasarkan produk santan seperti KARA,RASAKU dan M&S.
Semoga entri kali ini dapat membantu anda yang telah atau baru nak mula perniagaan santan ini untuk buat kira-kira dan survey mengenai mesin-mesin proses santan yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan perniagaan anda.
Jom tengok katalog-katalog dan mesin yang kami ada di website rasmi Shop
Dan jangan lupa follow YouTube rasmi kami untuk mendapatkan update terkini mengenai aktiviti kami di YouTube
Semoga anda akan terus berjaya ya.. Sekian dulu dari saya..terima kasih 🙂
PEMBEKAL MESIN MAKANAN
Kami merupakan syarikat bumiputera pembekal mesin makanan termurah di malaysia 019 911 1017 | 017 791 292 | 011 1196 4612 | 016 746 7852
waffiyindustries@gmail.com
KEDAI MESIN MAKANAN
SHOWROOM (KEDAI)
LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
OFFICE MARKETING
NO 22, JALAN SATU, TAMAN JEJAWI PERMAI, 01000 KANGAR PERLIS