Nak Tahu Tak Tips Berfikir Di Luar Kotak???

Think Out of The Box lazimnya digunakan oleh orang-orang yang hebat. Tapi kita juga tidak kurang hebatnya bukan? Jadi nak tahu tak cara untuk kita berfikir “Out of The Box” macam mana? Jom kita baca entri di bawah sampai habis :

Dalam menciptakan idea bisnes kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan “out of the box”. Hindari daripada membangunkan bisnes dengan bercerminkan kejayaan orang lain, melainkan anda membuat inovasi yang mampu menarik pelanggan dan unik. Jika anda menceburi bisnes yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang sengit. Daripada kita bersaing di ruang pasaran yang tepu dengan pesaing, lebih baik kita menciptakan sendiri ruang lain yang tiada pesaing, sehingga persaingan menjadi tidak relevan.

Jadi apa yang harus kita lakukan untuk sentiasa berfikir secara “out of the box”? Jom ikuti tips di bawah ini :

· Kaji Selidik
Pelajari mekanisma bisnes anda secara terperinci dari mula sampai akhir. Cari maklumat sebanyak mungkin, dari mana pun. Dengar cerita rakan-rakan anda yang sudah berjaya kerana anda dapat mempelajari bagaimana mencapai kejayaan daripada orang yang Anda percayai, seperti teman anda sendiri.

· Berfikir dari pelbagai sudut pandangan
Cuba cari idea bisnes baru daripada perspektif yang berbeza hasil daripada kajian anda di atas. Buat hipotesis idea bisnes dan ujilah ke atas beberapa senario bisnes. Jika dapat, lakukan ujian pasaran dalam jumlah yang kecil untuk mengetahui bagaimana respon pasaran terhadap produk anda.

· Bersedia menerima sesuatu yang baru
Lupakan segala pemikiran yang menjadi penghalang dan cuba hubungkan beberapa idea yang saling tidak berkaitan dan ciptakan inovasi baru.

· Berani gagal
Selalu sedia untuk mengambil jalan yang berbeza sama sekali daripada orang lain dan selalu bersedia menghadapi kesan/risiko. Yakinlah dengan keputusan anda. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi diri dan ikut langkah-langkahnya yang dapat menuju kejayaan, tetapi lebih baik lagi jika kita tidak mengikut idea bisnesnya. Cari idea lain yang berbeza daripada orang lain.

(Yanie)