Tips Untuk Pemasaran Melalui Video

Membuat video online boleh memakan masa yang sangat lama untuk disiapkan.
Menjayakan pemasaran melalui video kadang kala nampak mahal dan sukar. Pereka content selalunya kecewa kerana usaha keras yang perlu untuk menghasilkan video online tidak setimpal dengan pendedahan online dan tontonan yang berjaya diraih. Bagaimana jika video anda berjaya dipaparkan pada senarai tertinggi dalam enjin carian, dan mendapat beribu-ribu tontonan, pada kos yang rendah?

Jom ikuti cara untuk pemasaran menggunakan video !

Muat naik video anda dalam YouTube
YouTube adalah enjin carian yang kedua terbesar di dunia. Lebih daripada 1 billion pengguna unik mengunjungi YouTube setiap bulan dan lebih 6 million jam video ditontoni setiap 30 hari. Memuat naikkan video anda dalam YouTube akan serta-merta membolehkan video online anda ditontoni orang ramai.

Reka content yang menarik
Sebelum mencipta sesuatu video, fikirkan apakah yang dapat menarik perhatian komuniti online. Membuat video yang menarik minat penonton niche akan menghasilkan perkembangan organik yang baik. Selalu mencari idea-idea yang boleh menarik minat penonton untuk melihat video yang dibuat.

Hasilkan call-to-action yang berkesan
Dalam proses mengedit video; reka satu lower third graphic yang tidak menghalang content video. Memasukkan URL laman web yang anda mahu promosikan, juga nombor telefon dan logo, adalah sesuai untuk mengarahkan trafik dari video ke laman web yang dirancang untuk tajaan.

Sebagai tambahan, sertakan link kepada laman web anda dalam penerangan video dalam YouTube supaya orang ramai dapat menuju ke laman web anda dengan hanya mengklik link tersebut.

Satu lagi idea ialah dengan menambah skrin akhir pada video yang mempunyai call-to-action. Ini menjadi memori terakhir bagi penonton, dan memberikan mereka satu sebab untuk mengunjungi laman web anda!

Kongsi, Kongsi, Kongsi!
Kongsikan video anda melalui pelbagai blog dan saluran media sosial.
Lebih kerap video anda dikongsikan, lebih banyak pendedahan akan diterima. Seperti juga dalan penghasilan link, jika video anda dikesan dalam banyak laman web, enjin carian akan menganggap content tersebut berpengaruh dan ini akan membantu memperbaiki ranking organik untuk video.

Lebih banyak interaksi, lebih bagus
Lebih banyak “like” yang diperolehi untuk video anda, dan lebih banyak komen yang diberi, lebih baik! Sepertimana pos media sosial, lebih banyak buzz yang anda terima untuk video akan menghasilkan lebih banyak pendedahan.

Lazimnya, jika satu daripada video saya mendapat lebih daripada 20 kombinasi komen dan “like”, dan mendapat 100 tontonan, lebih banyak kemungkinan saya akan melihat video spike dalam YouTube dan keputusan carian organik.

https://kedaimesinmakanan.com/cara-untuk-pemasaran-melalui-video/

(Yanie 011-1196 4612)