Kelebihan Menguasai Bahasa Arab Dalam Kehidupan Seharian

Bahasa Arab merupakan bahasa yang telah digunakan sejak berzaman lamanya. Ianya telah menempatkan di posisi tertinggi dalam sejarah peradaban Islam selama berabad-abad. Allh SWT sangat mengistimewakan bahasa Arab ini sehingga ianya menjadi bahasa yang paling utama dari segala bahasa yang lain.

Allah SWT telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan bahasa As-Sunnah. Bahasa ini juga telah digunakan di dalam solat, zikir, haji dan ibadah-ibadah yang lain.

Faham Bahasa Al-Quran

Allah telah menurunkan Al-Quran di dalam bahasa Arab dalam banyak-banyak bahasa di dunia ini. Ini telah diceritakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf : 2)

Begitulah istimewanya bahasa Arab. Pada awal pembelajaran bahasa Arab, memanglah susah, tetapi sekiraya kita bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya, ianya akan menjadi mudah. Anda juga akan mudah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran jika anda pelajari bahasa Arab ini.

Lain Dari Yang Lain

Memiliki kebolehan bertutur dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan bagi individu yang sering ke temuduga. Ia akan menjadikan satu plus point untuk diri anda berbanding calon-calon temuduga yang lain. Bayangkan, sekiranya anda ditemuduga sebuah syarikat milik Arab Saudi. Dengan kebolehan anda bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda dengan mudah.

Peluang Pekerjaan

Bahasa Arab merupakan bahasa yang boleh menghubungkan hal-hal yang melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kemahiran bahasa Arab anda, anda pasti akan diberi kepercayaan untuk menguruskan banyak perkara-perkara yang berkaitan.

Contohnya adalah seperti petugas haji dan mutawif umrah. Selain itu, anda juga boleh merebut peluang pekerjaan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama jawatan tersebut. Sekiranya anda mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara Arab, anda boleh terus menetap di sana sehingga tamat perkhidmatan.

Melancong

Kebiasaannya, orang akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika melancong. Tetapi sekiranya anda pergi ke negara-negara Arab seperti Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi da sebagainya, kebanyakkan mereka tidak reti berbahasa Inggeris.

Oleh itu, sekiranya anda pelajari bahasa Arab ini, ia mungkin akan memudahkan untuk anda bertanyakan arah atau ketika membeli buah tangan. Selain itu, dengan memahami bahasa ibunda mereka, anda juga dapat menyelamatkan diri anda daripada ditipu ketika membeli-belah di negara mereka. Jadi dengan mudahnya kita akan memahami tutur kata yang digunakan dengan mudahnya.

Menambah Ilmu Pengetahuan

Kelebihan mempelajari bahasa Arab ini bukan hanya dirasakan oleh umat Islam sahaja. Bahkan ia juga dapat dirasakan oleh semua orang. Seseorang itu dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari dan mengusai bahsa asing seperti bahasa Arab.

Bahasa Arab boleh memudahkan seseorang itu mengetahui tentang perkembangan negara yang menggunakan bahasa Arab. Setiap orang yang menguasai bahasa Arab boleh menambahkan pengetahuannya sehingga dapat dimanfaaatkan pada suatu hati nanti sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain.

//kedaimesinmakanan.com/keistimewaan-mem…jari-bahasa-arab/ ‎

(Yanie)