Mesin Drum Roster

Hari ini saya akan terangkan tentang mesin multipurpose mixer iaitu drum roster. klau anda melihat mesin ini, anda mesti akan cakap mesin ini macam ” mesin bancuh simen ” , sebab rupanya besar & membulat ke dalam .

Kegunaan mesin ini adalah untuk mengaul dan mengoreng bahan kering tanpa menggunakan miyak . kalau untuk mengaul , anda boleh mengaul kerepek dengan campurkan perisa seperti cheese, cili, dan lain-lain lagi.

kalau untuk mengoreng , anda tidak perlu menggunakan minyak . contohnya ,  kalau nak menggorengkan kacang tidak perlu menggunakan minyak. sebabnya mesin ini  ia boleh dikatakan mengoreng tanpa menggunakan minyak . bahan yang boleh di gunakan selain kacang adalah kerisik, biji kopi , biji bijan dan lain-lain lagi.

Pada anda yang mempunyai bisnes macam kerepek atau goreng sangai kering, boleh menggunakan mesin ini. sebabnya , ia sangat ssuai di gunakan berbanding dari mengaul secara manual . kalau secara manual , anda perlu menggaul menggunakan tangan dan bahan anda kena sentiasa gaul. kalau ada mesin ini, anda tidak perlu risau dh . cuma masukan bahan ke dalm periuk mesin dan tekan button on , mesin akan terus menggaul atau mengoreng dengan sendiri nya .

Fungsi yang ada pada mesin ini , sangat memudahkan anda dan dapat memproseskan bahan yang banyak .  bila anda dah habis gaul, anda boleh tutup dan tarik ke bawah untuk keluarkan bahan-bahan yang telah di goreng atau digaulkan .