MESIN MENGKUKUS (STEAMER)
Assalammualaikum , salam sejahtera semua. masih ada yang mencari-cari mesin utk mengukus nasi ? pau ? kek ? dimsum ? nak tahu cara penggunaan nya ? nak kan penerangan tentang mesin ? kami sebagai pembekal mesin anda akan berkongsi serba sedikit info mengenai mesin steamer.
Mesin steamer ini, macam yang kita sedia tahu, ia boleh mengukus dengan mudah. contohnya macam pau, kek, dimsum, apom dan lain -lain lagi. Ramai usahawan pau atau catering yang menggunakan mesin steamer bagi memudahkan proses tempahan yang banyak.
Mesin steamer ini mempunyai 3 jenis capacity :
- 6 tray
- 12 tray
- 24 tray
– Mesin steamer ini, menggunakan gas untuk mengukus , tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik. ia tetap menggunakan gas untuk mengukus seperti di rumah anda.
-Setiap steamer di datangkan dengan 2 jenis tray iaitu :
- tray yang berlubang
- tray yang biasa
Biasanya, mesin steamer ini digunakan untuk usahawan pau ataupun catering. contoh nya, usahawan catering boleh mengukus beras sebanyak 25kg sekali masak.
- bagi yang menggunakan mesin steamer 6 tray , boleh menghasilkan 250 capacity sekali proses
- bagi yang menggunakan mesin steamer 12 tray , boleh menghasilkan 500 capacity sekali proses
- bagi yang menggunakan mesin steamer 24 tray pula, boleh menghasilkan 800 capacity sekali proses
tetapi capacity nya akan berubah mengikut bahan yang di kukus, seperti ikan steam, kek kukus berbentuk panjang dan lain-lain lagi.
Masa yang di ambil untuk mengukus menggunakan steamer selama 40 minit ataupun paling cepat masa di ambil adalah 30 minit . tetapi mengikut jenis bahan yang di gunakan.
Dalam mesin steamer ini, mempunyai satu fritter untuk mengisi air di bawah tray nya bagi air menidih sebelum memasukkan tray ke atas layer yang disediakan . ia juga mempunyai pelampung untuk air yang di isi masak dengan sebaikan sebelum mengukus.