Mencari Peluang Pekerjaan?? Nak Tahu Peluang Pekerjaan Sampingan Untuk Wanita?

Siapa cakap wanita tidak boleh bekerja untuk mengisi masa lapang atau mencari pendapatan lebih? Wanita juga mahu menjana pendapatan tambahan sama ada untuk membantu keluarga atau untuk kepuasan sendiri. Nak tahu tak pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan oleh para wanita di luar sana? Jom baca entry di bawah sampai habis :

1) Photographer

Anda mempunyai bakat fotografi? Jangan bazirkan kelebihan tersebut. Percaya atau tidak, juru foto wanita mendapat permintaan tinggi di Malaysia kerana pelanggan wanita tertamanya beranggapan lebih mudah berurusan dengan juru gambar wanita.

2) Make Up Artist

Solekan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Terdapat permintaan tinggi dari pelanggan wanita yang mahukan solekan untuk hari istimewa mereka. Jika anda mempunyai skil bersolek gunakan kelebihan ini untuk jana pendapatan sampingan

3) Model

Ada mempunyai fizikal dan wajah yang menarik? Gunakan kelebihan itu untuk menjadi model sebagai kerjaya sampingan seperti model jubah, tudung, seluar dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya kadar bayaran untuk perkhidmatan adalah RM100+ sejam.

4) Penulis

Anda suka menulis? Daripada Blogger, website, novel online, artikel berbayar adalah saluran untuk tidak mensia-siakan bakat tersebut dan mendapat keuntungan daripadanya.

5) Private Tutor

Mempunyai ilmu dan suka mengajar? Tidak mengapa walaupun anda tidak mempunyai kelayakan perguruan, terdapat segelintir graduan yang dalam proses menunggu pekerjaan tetap ataupun suri rumah dan wanita bekerjaya menjana pendapatan sampingan membuat sesi kelas secara peribadi kepada pelajar seperti pelajar UPSR yang memerlukan kelas tambahan di hujung minggu.

6) Product Reviewer

Mempunyai follower Instagram, Vine atau Facebook yang ramai memberi anda kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengulas produk. Artis-artis terkenal banyak menggunakan kaedah ini dengan mempengaruh follower untuk membeli produk tersebut dan mempromosi produk yang mereka lakukan.

//kedaimesinmakanan.com/peluang-pekerjaa…ukan-oleh-wanita/

(Yanie)