PROSES MENGHASILKAN SATAY YANG SEDAP !!
Sate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang.
Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti : sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam. Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit
Kelazatan sate belum sempurna apabila tidak dilengkapi dengan kuah. Ciri khas sate melayu ialah dimakan bersama kuah kacang. Kuah kacang dibuat daripada kacang tanah yang ditumbuk halus atau kasar mengikut selera. Bahan-bahan yang digunakan seperti rempah ratus, kacang tanah, santan, cili kering, minyak masak dan sedikit belacan. Gula merah juga boleh ditambahkan ke dalam kuah sate untuk meningkatkan warna dan rasa kuah sate.
Disini , saya ingin kongsi kan , proses membuat satay dengan menggunakan mesin-mesin yang berkaitan dengan nya:
Yang Pertama :
MESIN MARINATE
- Mesin ini, memang sesuai digunakan untuk memerap bahan perapan seperti ayam, daging, kambing dan lain-lain lagi.
- ia juga boleh sebatikan bahan-bahan perapan ketika mesin ini di jalankan
- dapat menjimatkan masa perapan dengan begitu mudah
- mesin ini dapat membantu mempadatkan dan meresap segala bahan perapan ke dalam isi ayam atau daging .
Yang Kedua :
MESIN CUCUK SATAY
selepas proses perapan , kita pergi ke peroses mencucuk satay :
- Mesin ini mampu menghasilkan 1200 cucuk satay dalam masa sejam untuk sekali proses, berbanding dengan menggunakan kaedah secara manual iaitu 1000 cucuk dalam tenpoh 8 jam utk sekali proses.
- ia juga dapat mengurangkan kos buruh proses mencucuk satay yang berterusan dan terjamin daripada segi kebersihan dalam pengendalian daging satay.
- mesin cucuk satay mempunyai 2 jenis. ada yang semi auto dan manual.
- kedua-dua mesin amat la mudah untuk digunakan, mudah dibersihkan , mudah di leraikan dan di pasang.
Yang Ketiga :
MESIN MEMBAKAR SATAY
selesai sudah proses perapan daging dan ayam satay. masuk ke langkah kedua, proses mencucuk satay. akhir sekali, proses membakar satay.
- Mesin ini, mempunyai 2 jenis iaitu : ada yang 4 kaki mesin bakar satay dan ade yang 5 kaki.
- ia dapat menjimatkan masa untuk membakar satay.
- tak perlu menggunakan arang untuk membakar satay, hanya menggunakan gas sahaja. mudahkan !
itu la langkah-langkah proses menghasilkan satay dengan menggunakan mesin yang bersesuai dengan nya. dapat menjimatkan masa, kerja anda menjadi mudah dan mudah di bersihkan.