Tips Penjagaan Asas Mesin Spinner

Hi Usahawan Berjaya, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi dengan usahawan semua terutamana sekali yang menggunakan Mesin Spinner untuk proses keringkan minyak pada kerepek. Apabila kita menggunakan mesin ni pengguna harus mengetahui serba sedikit berkaitan dengan penjagaan asas untuk mesin ni. Jadi harini saya akan kongsikan tips-tips berkaitan dengan tips penjagaan mesin spinner.

Tips Penjagaan Asas Mesin Spinner

Yang pertama, mesin ni takde on off button tau… kiranya once kita on je plug directly mesin ni akan berjalan… jadi gunakan direct plug je tau… jangan mengada-ngada guna extendtion nah.


No Electric extension plug sign.[/caption]

Yang ke dua, anda perlu lapitkan kain atau kotak dibawah mesin untuk elakkan getaran pada mesin ketika digunakan… Kalau tak letak alas dekat bawah mesin tu, mesin akan bergegar macam nak lari tinggalkan tuan dia hehehe jadi untuk elakkan hal ini terjadi tuannya perlu lock dia dgn cara melapit alas di bawah mesin tu

Yang ke tiga, cuci bekas minyak didalam mesin spinner dengan kain lembap… Sebab saki baki minyak yg berbekas pada mesin yg tak dicuci akan merosakkan rasa kerepek… Kerepek akan jadi cepat hapak.Eeeuuu rugila buat penat² last² takde hasil sedih kan… Peringatan mesra jangan sesekali guna air untuk cuci bekas spinner ni ye…

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagai usahawan yang terlibat dengan proses melibatkan mesin ini perlu memberi penekanan tentang penjagaan mesin yang digunakan supaya mesin boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pengguna mesin spinner ini ye. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ini ye. Jumpa lagi ya.

(SITI SEHA)