Tips Untuk Hilangkan Mengantuk

Apa itu mengantuk?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua, mengantuk bermaksud berasa hendak tidur. Menurut fitrah, manusia sememangnya memerlukan tidur yang cukup bagi memastikan dirinya mampu dan berkebolehan untuk bekerja di siang hari.

Akan tetapi, sebarang pekerjaan atau proses pembelajaran akan terganggu disebabkan oleh mengantuk. Pelbagai faktor yang menyebabkan manusia mengantuk ketika bekerja seperti tidak cukup tidur, tidak menjaga pemakanan, mengalami tekanan, dan sebagainya.

Mengantuk juga boleh menyebabkan pelajar ketinggalan pelajaran, seseorang pekerja menjadi tidak produktif, dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya bagi para pemandu yang mengantuk.

Benar, bila ngantuk, dia punya tersengguk-sengguk memang tak boleh bawa bincang.

Oleh itu, terdapat beberapa petua atau tips yang boleh diamalkan bagi menghilangkan mengantuk.

  1. Minum air kosong atau air suam
  2. Segera ke sinki dan basuh muka
  3. Hidu bau-bauan aromaterapi
  4. Dengar muzik yang sesuai
  5. Lakukan senaman ringan
  6. Pandang pokok-pokok berwarna hijau
  7. Tarik dan hembus nafas sedalam-dalamnya
  8. Tidur dengan cukup

Edit by: SITI SEHA

(Sumber://therohani.com/cara-hilangkan-mengantuk/)

(Sumber://www.maskulin.com.my/ini-9-tips-berkesan-untuk-hilangkan-rasa-mengantuk-ketika-di-pejabat/)