4 Tips untuk berfikir luar kotak
Persaingan di zaman ini sangat sengit dan sangat cepat berubah. peluang perniagaan datang dan pergi dengan pantas. Idea bisnes, jika tidak segera direalisasikan akan menjadi tidak berguna dalam tempoh kurang dari 6 bulan. apatah lagi yang berkaitan dengan dunia online.
Dalam menciptakan idea bisnes , kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan ” out of the box”. Hindari dripada membangunkan bisnes dengan bercerminkan kejayaan orang lain, melainkan anda membuat inovasi yang mampu menarik pelanggan dan unik. Jika anda menceburi bisnes yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang sengit. Daripada kita bersaing di ruang pasaran yang tepu dengan persaing, lebih baik kita menciptakan sendiri ruang lain yang tiada persaing, sehingga persaingan menjadi tidak relevan .
Jadi apa yang harus kita lakukan untuk sentiasa berfiki secara ” out of the box “? mungkin beberapa tips di bawah dapat membantu anda :
- KAJI SELIDIK
Pelajari mekanisma bisnes ada secara terperinci dari mula sampai akhir. cari maklumat sebanyak mungkin, dari mana pun. Dengan cerita rakan-rakan anda yang sudah berjaya kerana anda dapat mempelajari bagaimana mencapai kejayaan daripada orang yang anda percayai, seperti teman anda sendiri.
- BERFIKIR DARI PELBAGAI SUDUT PANDANGAN
Cuba cari idea bisnes baru daripada perspektif yang berbeza hasil daripada kajian anda di atas.. Buat hipotesis idea bisnes dan ujilah ke atas beberapa senario bines. jika dapat, lakukan ujian pasaran dalam jumlah yang kecil untuk megetahui bagaimana respon pasaran terhadap produk anda.
- BERSEDIA MENERIMA SESUATU YANG BARU
Lupakan segala pemikiran yang menjadi perhalang dan cuba hubungkan beberapa idea yang paling tidak berkaitan dan ciptakan inovasi baru.
- BERANI GAGAL
Selalu sedia untuk mengambil jalan yang berbeza sama sekali daripada orang lain dan selalu bersedia menghadapi kesan/risiko. yakinlah dengan keputusan anda. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi diri dan ikut langkah-langkahnya yang dapat menuju kejayaan, tetapi lebih baik lagi jika kita tidak engikut idea bisnesnya. Cari idea lain yang berbeza daripada orang lain.
MASS ( www.wasap.my/60167467852/mesinmakanmass )