CARA BETUL MEMILIH RAKAN KONGSI BISNES

Anda berhasrat memulakan perniagaan secara kongsi? Ini bukan idea yang buruk. Cara ini membolehkan anda berkongsi tanggung jawab, idea, modal dan risiko. Tetapi, pemilihan rakan kongsi perniagaan bukan perkara yang mudah. Silap-silap anda mungkin tertipu dan kehilangan segala-galanya.

Berikut adalah cara memilih rakan kongsi perniagaan:

Harapan semua orang ketika memulakan perniagaan sudah tentu untuk mengecapi kejayaan dan berkekalan. Sama juga bagi anda apabila mahu memulakan perniagaan kongsi. Memilih rakan kongsi perniagaan yang sesuai amat penting dalam situasi ini.

Bagaimana memilih rakan kongsi perniagaan yang tepat?

Rakan kongsi yang mudah berkomunikasi dengan anda

Masalah komunikasi yang dipersoalkan di sini bukan bermaksud kemudahan berkomunikasi. Walau pun rakan kongsi anda berada di Amerika dan anda di Indonesia, tidak mustahil untuk anda berkomunikasi. Di zaman internet seperti sekarang, amat mudah untuk anda menjangkau dan terdapat pelbagai perkhidmatan percuma yang boleh anda gunakan.

Yang dimaksudkan di sini adalah keselesaan anda dan rakan kongsi dalam menyampaikan aspirasi, penyelesaian dan kritikan antara satu sama lain. Anda juga harus dapat menghargai dan merasa selesa walau pun terdapat percanggahan pendapat.

Rakan kongsi anda saling melengkapi dengan anda

Cari rakan yang memiliki kemampuan yang tidak anda miliki, dan dia tidak memiliki kemampuan yang anda miliki. Ini adalah sistem perkongsian yang ideal. Tetapi apabila anda tidak dapat mencari orang yang sesempurna ini, sekurang-kurangnya anda dan rakan kongsi anda boleh saling membantu.

Rakan kongsi dalam situasi yang dapat bertoleransi dengan perniagaan

Mungkin beberapa orang menepati ciri kesesuaian, tetapi jika orang tersebut mempunyai keperluan kewangan yang melebihi kemampuan perniagaan yang anda jalankan, ia boleh menjadi beban jika anda meminta orang tersebut terlibat dalam perniagaan anda. Ini kerana dia mungkin mencari perniagaan lain untuk memenuhi keperluan yang lebih besar. Anda tentu lebih suka rakan kongsi yang fokus dalam perniagaan kan?

Rakan kongsi dengan etika bisnes yang baik

Bisnis sekecil mana pun memerlukan etika dalam menjalankannya. Bukan setakat mejual sahaja. Jika anda berpasangan dengan orang yang tidak mempunyai etika perniagaan, anda akan mengalami banyak konflik dengan pasangan anda berkenaan soal etika dan cara.

Demikianlah 4 tips dalam memilih rakan perniagaan. Mungkin anda telah berjaya menjalankan perniagaan dan bertemu soulmate anda.