Harum Manis Hanya di Perlis
Biasanya bila sebut Perlis. Orang akan tanya “Apa yang best dekat Perlis?”
Selain menjadi tempat persinggahan utama untuk pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi atau Thailand. Perlis juga merupakan tempat tarikan pelancong seperti di Gua Kelam serta tempat kaki shopping iaitu Padang Besar.
Negeri Perlis yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, sememangnya sinonim dengan nama Harumanis.
Namun sekecil-kecil negeri ini, ia tetap memiliki keistimewaan tersendiri yang tiada di negeri-negeri lain iaitu mangga harummanis.
Mesti pernah dengar pasal harum manis kan? Yang popular masa hujung2 bulan 4 tu dan harga yang memang agak mahal..
Apa Itu Harumanis?
Mangga Harumanis Perlis merupakan klon mangga MA 128 dan merupakan antara baka mangga terbaik di Malaysia. Mangga ini mendapat namanya daripada aromanya yang harum dan rasanya yang manis.
Mangga harumanis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga (stress period) dan musim Mangga Harumanis Perlis adalah singkat iaitu hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun sahaja.
Justeru, faktor inilah yang membuatkan Mangga Harumanis Perlis berbeza dengan mangga lain kerana pengeluaran serta pasaran mangga harumanis adalah sangat terhad.
Keistimewaan mangga Harumanis
Mangga yang turut mendapat tempat di pasaran antarabangsa ini kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, tubuh badan serta antipenuaan.
Selain itu, Harumanis juga kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan serta mineral-mineral seperti magnesium (membantu sistem pencernaan dan sistem saraf), potassium (meningkatkan stamina dan tenaga) dan kuprum (pertumbuhan tulang, fungsi saraf dan perkembangan otak).
Justeru dengan khasiat yang dimilikinya, tidak hairanlah mangga tempatan ini mendapat permintaan yang amat tinggi saban tahun apabila tiba musimnya.
https://kedaimesinmakanan.com/kenapa-harum-manis-hanya-di-perlis/
(Yanie 011-1196 4612)