TikTok Teknik Pemasaran yang Berkesan Pada Zaman Z

Apa itu TikTok?

Korang nak tahu asal usul TikTok?? TikTok adalah aplikasi yang dibuat oleh Firma teknologi China bernama ByteDance, ianya adalah aplikasi media sosial yang membolehkan kita merakam, mengedit, dan berkongsi video pendek yang berdurasi 15 atau 60 saat dengan overlay muzik, kesan bunyi, dan kesan visual.

Selain Facebook, Twitter dan juga Instagram, Tiktok merupakan aplikasi yang menjadi buah mulut masyarakat segala informasi atau maklumat dapat diperoleh dengan hanya dihujung jari sahaja. Aplikasi Tiktok menjadi aplikasi kegilaan Gen Z dimana aplikasi tersebut sangat menarik dari segi kontennya. Video dalam aplikasi ini bukanlah video sebarangan dan kebanyakkannya terdapat unsur pelajaran dan pengetahuan, hiburan, masakan, seni dan sebagainya. Jika digunakan dengan sebaiknya, sudah tentu banyak ilmu yang dapat diperoleh dari aplikasi ini.

1. Membina follower (pengikut) sejak awal akaun diaktifkan.

Pentingnya membina rangkaian pengikut yang ramai di Tiktok supaya video yang dihasilkan akan sentiasa terpapar di profil pengikut. Ini bermaksud, mereka tidak ketinggalan untuk mengikuti dan melihat setiap video yang dipos secara umum. Apa yang harus dilakukan oleh para peniaga yang mungkin baru berjinak dalam bisnes ialah mengikut seramai mungkin orang di aplikasi tersebut supaya sentiasa dilihat hasil video mereka.

Mungkin ada juga buntu siapa yang anda perlu ikut dalam aplikasi tersebut. Cadangan yang disarankan adalah anda perlu ikuti mereka yang sudah diiktiraf akaun Tiktoknya dimana akaun Tiktok mereka bertanda tick biru. Mereka merupakan orang yang telah disahkan akaun dan banyak pengalaman dalam mengendalikan aplikasi tersebut.

2.Cipta konten yang kreatif dan menarik

Tiktok merupakan aplikasi yang fokusnya kepada visual efek sahaja. Maksudnya disini, apa yang penonton akan lihat pada video anda akan memberi kesan kepada anda. ‘Wow factor’ perlu ditonjolkan dan yang paling penting sekali mesej yang ingin disampaikan itu sampai kepada penonton supaya mereka lebih memahami apa yang anda cuba sampaikan dalam video tersebut. Anda juga perlu fahami apa yang penonton ingin lihat dan bina sesuatu yang membuatkan mereka tertarik untuk menonton video yang dihasil-
kan. Sebagai contoh, salah satu cara pemasaran dalam penghasilan video adalah membuat lakonan pendek yang memperkenalkan produk atauservis yang dijual itu. Dalam video pemasaran, amat penting untuk menggunakan kaedah soft selling berbanding hard selling.

3. Cipta branding anda sendiri di Tiktok

Branding sendiri di Tiktok penting supaya penonton dan pengikut anda tidak bosan dengan konten anda. Contohnya, anda seorang penjual makanan, variasikan konten anda yang tidak hanya tertumpu pada bisnes semata-mata, anda juga boleh kongsikan kepada mereka tentang fesyen, melancong dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang anda gemar lakukan supaya penonton merasa gembira dan inginkan lebih lagi apabila melihat akaun Tiktok anda.

4. Berinteraksi dengan penonton dan juga pengikut anda

Umum mengetahui bahawa interaksi merupakan cara yang terbaik dalam mengekalkan hubungan. Sama juga konsepnya apabila di platform media sosial. Satu cara yang anda boleh lakukan untuk berinteraksi dengan pengikut anda adalah dengan membuat LIVE video atau video secara langsung. Namun begitu, untuk membolehkan anda membuat video secara langsung di Tiktok, berbalik pada point pertama dimana anda perlukan pengikut yang ramai iaitu lebih dari 13 ribu pengikut. Sebab itulah pentingnya mempunyai pengikut yang ramai di akaun anda.

5. Menggunakan elemen-elemen / efek yang menarik

Semasa menyunting video yang telah direkod, amat penting cara visual anda dengan menggunakan efek dan elemen yang menarik dalam aplikasi tersebut. Apabila anda menggunakan efek visual yang menarik, sudah tentu bilangan penonton akan bertambah dengan melihat kepakaran anda dalam menyunting sebuah video. Banyak elemen menarik yang boleh dijumpai di aplikasi Tiktok namun perlu bijak menggunakannya.

Akhir kata, aplikasi Tiktok tidaklah buruk seperti yang disangka jika pengguna dapat menggunakan aplikasi tersebut dengan bijak malah banyak manfaat yang dapat diperoleh dari aplikasi ini. Pilihan anda yang lakukan, jika anda mahukan sesuatu yang baik, maka hasilkanlah sesuatu yang baik, jika tidak anda yang menanggung peritnya sesuatu perkara itu.

https://kedaimesinmakanan.com/tiktok-merupakan…an-yang-berkesan/

(Yanie 011-1196 4612)