Ringgi atau Emping Adalah Makanan Tradisi Negeri Perlis
Ringgi?? Pernah dengar tak?? Kalau orang perlis, mestila tauu ringgi tu apa, kalau tak taw, bukan orang perlis laa tu..
Anda dah pernah datang kee, ke negeri perglih nie? Perlis merupakan negeri yang paling kecik di malaysia. Paling utara atau paling atas di semenanjung malaysia. Kiranya Perlis ni, bersempadan dengan Thailand. Kawasan terdekat ialah Satun dan Songkhla. Kalau belah selatan Perlis mestilah negeri Kedah kan.
Ringgi, atau nama lain ialah “emping”.
Ringgi ni makanan tradisi dekat Perlis.
Kalau dulu-dulu, boleh dikatakan wujud macam pesta mengemping padi sebab penduduk kampung akan berkumpul untuk menghasilkan ringgi secara berjemaah.
Acara ni sangat dinantikan, sebab ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup.
gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua.
Comelkan orang dulu2?
Negeri kedah pun ada ringgi ni tau. Sebab yala kan, Kedah dan Perlis ni sama-sama negeri yang ada padi.
Cara nak buat ringgi ni,
Selalunya guna padi pulut.
Padi pulut berbeza sikit dengan padi biasa.
Padi pulut lewat ditanam, khas sebagai penutup musim menanam padi.
Jadi akan lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau.
Keadaan padi ni yg bercampur hijau kuning, sangat sesuai untuk dijadikan sebagai emping.
Mula2 padi pulut akan diketam.
Selalunya, jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak).
Selepas ditanggalkan daripada tangkai, akan digoreng pulak.
Bila padi dah meletup2 barulah kita angkat.
Selepas itu, dituang kedalam lesung dan ditumbuk beramai-ramai.
Kemudian ditampi untuk dibuang kulitnya.
Ringgi atau emping paling sedap dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula.
Kalau makan ringgi ni tengah hangat-hangat lagi. Memang perghh.
Ringgi ni selalunya akan dibalut dengan daun pisang, bertambah2 sedap laa. Sbb aroma dari daun pisang tu dan tekstur ringgi akan lagi lembut.
Ringgi ni memang kesukaan ramai orang, tapi nak cari ringgi zaman sekarang nie memang susahhh.. Sebab takda pelapis yang tau buat ringgi ni. Dan selalu boleh rasa setahun sekali sahaja. Bila musinm timur atau ‘winter wind’ melanda perlis. Yang bila perlis ni sejuk kalah london.
(Yanie 011-1196 4612)
PEMBEKAL MESIN MAKANAN
Kami merupakan syarikat bumiputera pembekal mesin makanan termurah di malaysia 019 911 1017 | 017 791 292 | 011 1196 4612 | 016 746 7852
waffiyindustries@gmail.com
KEDAI MESIN MAKANAN
SHOWROOM (KEDAI)
LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
OFFICE MARKETING
NO 22, JALAN SATU, TAMAN JEJAWI PERMAI, 01000 KANGAR PERLIS