Belajar vs Bekerja? Adakah Mampu Melakukan Dalam Satu Masa?
Adakah di kalangan teman-teman anda, atau anda sendiri, yang sedang menuntut ketika bekerja sepenuh masa? Sudah tentu mereka yang memilih untuk menjalani dua kehidupan tersebut mempunyai alasan tersendiri, contohnya faktor kewangan atau tidak sanggup meninggalkan kerja yang disukai sambil mengejar cita-cita untuk menuntut ilmu.
Terdapat dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk menuntut sambil bekerja. Yang pertama adalah pengurusan masa. Pastikan anda telah memberitahu pihak syarikat dan institut pengajian bahawa kamu sedang belajar sambil bekerja. Dengan itu mereka mungkin dapat memberi kelonggaran sekiranya anda perlu memenuhi kewajiban di pejabat, atau di kampus. Perkara kedua adalan pengurusan kewangan, terutama sekali bagaimana anda akan memperolehi wang untuk membiayai pembelajaran.
Langkah bijak yang perlu diambil bagi mereka yang mahu menuntut sambil bekerja adalah:
- Kekalkan prestasi kerja di pejabat
Kekalkan prestasi anda di tempat kerja. Bergantung kepada skim ganjaran pekerja, anda tentu akan mendapat insentif atau bonus yang lebih tinggi untuk hasil kerja yang baik. Bukan itu sahaja, pihak syarikat anda mungkin dapat memberi kenaikan pangkat dan gaji selepas anda tamat pengajian sekiranya prestasi pekerjaan anda meningkat.
- Belajar dan amalkan hidup berjimat cermat
Satu cara supaya kewangan kamu lebih kukuh adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Anda bole cuba mencari tips-tips berjimat yang dapat menyenangkan dan tidak mengganggu gaya hidup anda.
//kedaimesinmakanan.com/mampu-atau-tidak…r-sambil-bekerja/
(Yanie 011-1196 4612)
PEMBEKAL MESIN MAKANAN
Kami merupakan syarikat bumiputera pembekal mesin makanan termurah di malaysia 019 911 1017 | 017 791 292 | 011 1196 4612 | 016 746 7852
waffiyindustries@gmail.com
KEDAI MESIN MAKANAN
SHOWROOM (KEDAI)
LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
OFFICE MARKETING
NO 22, JALAN SATU, TAMAN JEJAWI PERMAI, 01000 KANGAR PERLIS