Mesin Vacuum Sealer Packaging

Para usahawan yang mengusahakan keropok lekor, pekasam, perapan daging dan ayam sangat sesuai menggunakan Mesin Vacuum Sealer Packaging untuk mendapatkan hasil dan kualiti yang tinggi.

Mesin Vacuum Packaging merupakan mesin packaging yang sesuai digunakan untuk proses pembungkusan. Mesin ini sesuai digunakan untuk pembungkusan Keropok Lekor, Perapan Daging, Perapan Ayam, Satay dan lain-lain. Mesin Vacuum Packaging mempunyai 2 jenis iaitu ‘Table Top’ dan ‘Standing’. ‘Table Top’ perlu diletakkan di atas meja manakala ‘Standing’ hanya letak di bawah.

Bahan yang Sesuai Menggunakan Mesin Vacuum Sealer Packaging

Pekasam, Perapan Daging dan Ayam, Satay, Keropok Lekor antara produk makanan yang sangat sesuai menggunakan Mesin Vacuum Packaging. Mesin ini mampu untuk membuang angin yang ada di dalam plastik pembungkusan dengan meggunakan teknik vacuum.

Kelebihan Menggunakan Mesin Vacuum Sealer Packaging

Dengan menggunakan mesin ini, menjadikan produk makanan tahan ldengna lebih lama, mengekalkan rasa dan kualiti produk makanan menjadi lebih tinggi. Udara yang banyak mengandungi oksigen dan pelbagai kuman yang boleh merosakkan makanan. Dengan menggunakan mesin ini, produk makanan yang terhasil adalah yang berkualiti. Saiz plastic yang sesuai digunakan adalah 400mm.

Jadi, untuk mengekalkan kualiti bahan makanan yang dihasilkan, Mesin Vacuum Sealer  Packaging akan membantu para usahawan untuk menghasilkan bahan makanan yang tahan lama dan diminati para pembeli 🙂