RESEPI MURUKU TERBAIK !!

Ramai yang tercari – cari resepi muruku yang sedap , mudah disediakan serta ranggup. di sini, kami akan kongsikan beberapa jenis resepi membuat muruku kepada anda. jom kita cuba !

Muruku Reben

BAHAN-BAHAN:

• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan tepung kacang kuda
• 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
• ¼ sudu teh asafoetida
• 1 sudu teh mentega
• 110ml air
• Sedikit garam
• Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang.Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

MURUKU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

• 1 cawan tepung beras
• 2 cawan tepung kacang kuda
• 5 tangkai cili kering
• 10 ulas bawang putih (dikupas)
• 1/8 sudu kecil garam
• 1 sudu besar mentega
• 50ml air
• Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

MURUKU JINTAN MANIS

BAHAN-BAHAN:

• ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
• 2 cawan Tepung Beras
• ½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
• 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
• ¼ sudu kecil Asafoetida
• 1/4 sudu kecil garam
• 1 sudu besar mentega
• 300ml air
• Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
  2. Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4.  Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

Kami membekal mesin muruku yang boleh membantu usahawan untuk menghasilkan muruku dalam kuantiti yang banyak, cepat dan memudahkan . sampai di sini perkongsian resepi muruku kami .