Rahsia Usahawan Tidak Berputus Asa Dalam Perniagaan
JOM BACA TIPS UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG TIDAK BERPUTUS ASA
Setiap orang yang baru memulakan perniagaan semestinya akan ada fasa yang mereka rasa susah dan ada masanya mudah. Biasalah, orang kata dalam bisnes ni ada naik ada turun. Maksudnya, ada kalanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah. Jika anda berada di atas, janganlah terlalu selesa dan sentiasa mencari cara dan strategi supaya bisnes anda sentiasa maju. Akan tetapi, jika anda berada di bawah anda perlulah bangkit dan teruskan langkah anda dengan strategi yang baru. Dalam dunia bisnes ini, anda perlu menggunakan pelbagai strategi dan jangan berhenti untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Normal jika ada masa anda rasa gembira dan ada masanya anda rasa sedih. Namun begitu, janganlah anda biarkan perasaan itu melalaikan anda. Mengapa anda tidak boleh berputus asa dalam perniagaan?
1. Semua orang diuji dengan cara yang berbeza
Dalam hidup ini, tipulah kalau dikatakan kita tidak pernah diuji dengan pelbagai ujian dan musibah kerana itulah lumrah kehidupan. Semua orang diuji tetapi janganlah anda menjadikan itu sebagai penghalang kepada niat anda dalam perniagaan. Bukan anda seorang yang merasakan seperti itu. Setiap cabaran yang dihadapi perlu dihadapi dengan tenang dan mencari jalan penyelesaiannya. Anda sendiri yang perlu kawal emosi anda apabila berdepan dengan segala macam cabaran. Anda perlu ingat apabila anda sudah memulakan bisnes, pasti anda diuji dengan pelbagai ragam pelanggan dan perkara itu biasa. Apa yang anda harus lakukan ialah sabar dan berikan servis yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan anda.
2. Semua orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri
Sifat manusia ni memang suka lihat kejayaan orang tetapi bukan semua yang senang lihat kejayaan tersebut. Pasti ada sahaja kata-kata yang kurang menggembirakan dikeluarkan oleh sesetengah orang yang tak senang dengan kejayaan tersebut. Orang seperti ini perlu dihindar secepat mungkin kerana mereka ada sifat hasad dengki. Sentiasa ingat bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Apabila anda lihat seseorang itu berjaya dengan jayanya dalam bisnes, anda perlu jadikan orang tersebut sebagai contoh dan model anda kerana telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah mutiara kata yang sering dikatakan oleh nenek-moyang kita dalam mengingatkan kita tentang kejayaan. Kenali diri anda, apa yang anda minati dan terus lakukannya sehingga anda berjaya.
3. Ajar diri untuk lebih bersyukur dan besederhana
Walaupun anda melakukan perniagaan dan mendapat banyak untung, anda perlulah sentiasa bersikap rendah diri dan bersederhana dalam berbelanja. Ingatlah bahawa kekayaan yang anda dapat dalam perniagaan andajuga merupakan ujian. Anda mungkin kaya sekarang, tapi jika anda tidak berbelanja secara sederhana maka akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri anda dan perniagaan anda pada masa akan datang. Dalam Islam juga mengajar kita untuk sentiasa bersikap sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Belajar bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang.
4. Ada orang yang mendoakan anda dalam diam
Kadang-kadang mungkin anda rasa tak bersemangat sebab tak ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada anda atau tiada orang pun yang menyokong anda. Anda rasa sedih dan depresi disebabkan hal ini. Anda perlu tahu bahawa ada orang yang mendoakan kejayaan anda secara senyap-senyap. Orang seperti ini kebiasannya mereka tidak menonjolkan diri mereka tetapi mereka juga suka melihat kejayaan orang lain
dan mendoakan anda. Ini bermaksud mereka ingin tahu tentang anda. Anda tidak perlu tanya siapa, tapi ada orang seperti ini. Teruskan berfikiran positif dan terus langkah ke hadapan.
5. Anda kuat dari apa yang anda sangkakan
Di saat anda sedih dan gelisah memikirkan apa yang akan terjadi kepada perniagaan anda, anda akan menjadi lemah kerana pemikiran anda sudah terganggu dan kusut dengan pelbagai benda. Jangan biarkan lemah itu menguasai diri anda! Bangkit! Anda sebenarnya seorang yang kuat dari apa yang anda sangkakan. Usah hiraukan apa orang berkata dan berfikir tentang anda. Jadikan kata-kata tersebut sebagai motivasi kepada anda supaya anda terus bangkit dan buktikan bahawa anda boleh melakukannya! Jatuh sekali, bangun 10 kali!
6. Jadi diri sendiri
Pentingnya untuk menjadi diri anda yang sendiri dalam perniagaan. Orang akan suka melihat anda apabila anda membawa perwatakan anda tersendiri kerana itu lebih nampak menarik dan identiti anda tersendiri. Jangan copy paste sesiapa tapi tidak salah jika anda mahu jadikan sesorang itu sebagai inspirasi anda tetapi anda perlu ada identiti anda tersendiri. Kesilapan ramai orang apabila membuat perniagaan dan cepat bosan adalah disebabkan mereka tidak mempunyai identiti tersendiri, tiada matlamat dan target dalam bisnes dan terlalu mencuba untuk menjadi orang lain.
7. Ingat BIG WHY anda
Tidak kiralah bisnes apa yang anda ceburi, penting untuk anda menjaga BIG WHY anda. Tanya semula kepada diri anda kenapa anda memulakan bisnes ini? Kenapa anda nak teruskan? Kenapa, kenapa dan kenapa? Anda tidak sepatutnya mengalah kerana anda perlu ingat perjalanan anda dalam perniagaan ini. Sia-sia sahaja anda sudah melakukan macam-macam dan anda berhenti begitu sahaja.
8. Bukan semua orang dapat peluang berniaga
Ya, memang benar semua orang boleh berniaga tapi bukan semua dapat peluang untuk berniaga. Ada yang tiada peluang disebabkan kehidupan mereka yang sangat serba-serbi. Jadi, jika anda sudah mendapat peluang berniaga, teruskan sahaja perjuangan anda jangan menoleh ke belakang lagi. Jangan bazirkan masa anda dengan membuat sedemikian.
9. Berikan masa kepada diri anda
Rezeki semua orang berbeza-beza dan ada di mana-mana sahaja. Percaya dengan rezeki tersebut dan usaha keras sehingga anda dapat apa yang anda impikan. Biarlah anda lambat dari orang lain namun rezeki tersebut akan datang pada masa yang tepat dan sesuai. Jangan berhenti berharap dan berdoa kepada-NYA kerana segala kejayaan dan aturan hidup anda berada di dalam tangan-NYA. Bersangka baiklah dengan rezeki yang diberikan. Usah bimbang melihat orang lain cepat berjaya, itu berkat rezeki dan usaha mereka. Percaya pada diri dan rezeki anda.