Resipi Karipap Marvelous

Harini saya nak kongsikan tentang resepi rahsia kuih tradisional yang tak hilang ditelan zaman iaitu karipap. Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Karipap yang garing dan rangup memang menjadi kegilaan ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Bab ni kalau bagi pengemar karipap memang putus selera terus nak makan. So, harini saya nak kongsikan cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama. Boleh cuba resipi dekat bawah ni.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

  1. 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  2. dua senduk atau setengah cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  3. satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam ( anggaran garam setengah sudu makan )

Cara buat kulit karipap

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  3. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  4. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  5. Sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.

Tara siap sudah untuk doh karipap. Moh kita beralih ke cara pembuatan inti karipap pula.

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang

  1. 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  2. 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  3. 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  4. 2 ulas bawang putih ( dikisar )
  5. segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  6. 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  7. 3 sudu besar serbuk kari
  8. 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  9. Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,      masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
  3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
  4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat melembutkan kentang.
  5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
  6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup

Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Untuk memudahkan para usahawan karipap memotong kentang dadu dan meleperkan doh. Jangan segan silu boleh contact saya untuk keterangan lanjut.

 

(Sumber: https://cikmatahariku.blogspot.com/2014/05/petua-mudah-buat-karipap-rangup.html)

SITI SEHA :- 60175396694