Resipi Sate Pujaan Hati Kanda Dinda

Harini saya nak kongsikan tentang resepi rahsia makanan kegemaran ramai iaitu sate. Sate (ejaan lama satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.

Sate dipercaya dicipta oleh para pedagang Jawa dari Pulau Jawa, Indonesia yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke-19. Tetapi telah menyebar hampir mana-mana sahaja di Indonesia, di mana ia telah menjadi hidangan kebangsaan negara mereka. Satay juga popular di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Vietnam.

So, harini saya nak kongsikan cara-cara nak buat sate yang paling mantul abad ini. Boleh cuba resipi dekat bawah ni.

Bahan-bahan :

  1. Ayam/Daging 2 kilo.
  2. Bawang putih 1 labu.
  3. Bawang besar 2 biji.
  4. Halia 2 1/2 inci.
  5. Serai 6 batang.
  6. Lengkuas 2 inci.
  7. Ketumbar 10 grm.
  8. Jintan Manis 50 grm.
  9. Jintan Putih 20 grm.
  10. Kunyit serbuk 50 grm.
  11. Kunyit hidup 3 inci.
  12. Gula melaka 1 cawan.
  13. Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  14. Garam 3 sudu kecil.

Cara Masak Sate

  1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
  2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
  3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.Sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.

Tara siap sudah sate kita. Hehehe

Bagi pengusaha sate yang nak kerja mudah tapi production berganda boleh roger saya ye..

        

(Sumber: //saji.my/resepi-sate-ayam/)

 SITI SEHA:- 60175396694