Tips Memilih Tudung

Hai si cantik manis ! Teringin nak berhijab tapi tak tahu nak pilih tudung yang sesuai ? Nak melaram time raya tapi tak jumpa tudung yang sesuai ? Meh sini baca blog saya hehehe… Harini saya nak kongsikan tips memilih tudung bawal yang gorgeous mcm Hannah Delisha.

Tips 1 : TUDUNG BAWAL TANPA CORAK PILIHAN UTAMA

Tips ni berguna untuk wanita yang tak kisah tentang padanan tudung dan baju. Ini untuk menampakkan kemanisan dan lebih bergaya jika dipandang. Sesuai untuk wanita yang baru berjinak-jinak untuk berhijab dan untuk wanita yang nak dah berhijab untuk tampil simple.

TIPS 2: WARNA KULIT

Bagi yang berkulit putih, disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.

Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.

Bagi yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah.

Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang.

Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.

TIPS 3: BENTUK WAJAH

Adakah anda benar-benar bijak membuat pilihan atau sebenarnya sekadar tangkap  dan bersikap syok sendiri? in penting kerana, sama seperti pakaian, pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain.

1. Bentuk Wajah Bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang samaada dari fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

2. Bentuk Muka Panjang

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.

3. Bentuk Muka Bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dahulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan.

Bagaimanapun, disarankan mengunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar muka kelihatan bujur.

4. Bentuk Muka Berpetak

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar diantara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan dibelakang tengkuk keran gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

(Sumber: //byeema.com/borong/5-tips-tudung-bawal-cantik/)

SITI SEHA :- 60175396694