TEMPAT MENARIK DI PENANG

Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.

Sebelum anda datang ke Pulau indah ini, saya akan kongsikan beberapa tempat menarik di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke sana nanti.

  1. Design Village Penang

    Hangpa suka shopping? Mai singgah ke Design Village Penang. Di sinilah tempatnya untuk anda bershopping sakan berjam-jam lamanya memandangkan terlalu banyak pilihan jenama yang ada, dahlah banyak pilihan, murah-murah lagi tu kalau nak dibezakan dengan shopping mall lain disebabkan statusnya sebagai “outlet mall” sepertimana JPO di Johor dan Genting Premium Outlets di Genting. Berapa banyak diskaun yang boleh enjoy kat sini? Jangan terkejut, ada yang sampai mencecah 80% daripada harga asal!
  2. Upside Down Museum

    Selain dapat merasai kelainan bershopping dalam konsep terbuka seperti yang ditawarkan Design Village Penang, anda juga boleh merasai ‘kelainan dunia’ sekiranya ke Upside Down Museum. Mana tak lainnya, semua objek yang ada di dalam muzium ini seolah-olah terapung di udara, segalanya melawan graviti. Pekerja-pekerja di muzium ini juga sangat mesra pelanggan dan bersemangat untuk mengajar anda cara berposing untuk mendapatkan hasil yang menarik.
  3. Frog Hill

    Guar Petai atau juga turut dikenali dengan banyak lagi nama lain seperti Frog Hill dan Guar Perahu adalah sebuah tarikan yang agak tersembunyi daripada pandangan pelancong yang terletak di bahagian utara Seberang Perai.

    Merancang untuk ke sini? Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu mendaki dalam sekitar 5 minit sebelum sampai ke puncak. Jangan lupa juga untuk pakai sunblock dan membawa minuman yang secukupnya, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca agak panas.

  4. Straits Quay

    Straits Quay adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah dan juga marina yang terletak di Seri Tanjung Pinang. Dibuka pada tahun 2010, pusat membeli-belah tepi pantai ini juga lengkap dengan pusat konvensyen,  spot untuk berekreasi, Performing Arts Centre dan juga apartment mewah. Kepada sesiapa yang gemar berootd boleh la ke sini sebabnya view dia sangat cantik.