TIPS PENJAGAAN ASAS MESIN ULI TEPUNG

PENJAGAAN FIUS DAN MOTOR MESIN

1. Penjagaan yang paling utama adalah penjagaan motor mesin.
2. Tidak boleh berkongsi plug atau menggunakan extension untuk mengelakkan fius dan motor mesin yang digunakan daripada terbakar
3. Ketika menggunakan mesin haruslah secara DIRECT PLUG sahaja.

TIPS KESEDIAN TEMPAT MENGGUNAKAN MESIN

1. Persediaan tempat atau bengkel sebelum menggunakan mesin haruslah dititikberatkan. Contohnya dari segi kestabilan current, jenis wiring sama ada single phase atau three phase di tempat atau bengkel dan juga ruang yang bersesuaian dengan saiz mesin.

TIPS PENJAGAAN MESIN PLANETARY MIXER

1. Plug haruslah diberi penjagaan yang utama apabila menggunakan mesin dan Sharing plug tidak dibenarkan sama sekali ye.
2. Jika perlu mengubah speed atau kelajuan mesin, usahawan perlulah menekan button stop yang berwarna merah terlebih dahulu sebelum tukar ke speed yang lain. ( Contohnya, usahawan nak mixer telur menggunakan planetary mixer dengan kelajuan 1 dan perlu tukar ke kelajuan 2, jadi usahawan perlulah tekan button off mesin dahulu dan tukar ke kelajuan 2. Kemudian barulah on balik mesin)
3. Untuk menguli doh, usahawan dinasihatkan menggunakan kelajuan 1 sahaja.

TIPS PENJAGAAN MESIN ULI TEPUNG HORIZONTAL

1. Paling utama yang perlu ditekankan selain plug adalah penjagaan motor mesin dan juga cara basuh mesin.
2. Motor mesin horizontal mixer ini sangatlah sensitif dan tidak boleh kena air sama sekali.
3. Bahan-bahan yang sesuai digunakan adalah bahan-bahan tidak terlalu berair dan basah.
4. Motor mesin TIDAK boleh terkena air sama sekali.

CARA PEMBERSIHAN MESIN

1. Cara untuk basuh dan cuci mesin ni ialah perlu mencuci menggunakan kain basah atau percik air sabun dan lap pada tong mesin tersebut. Jangan basuh the whole body mesin.
2. Part pengadun tu dia tak boleh bukak,,jadi usahawan boleh lap sahaja.

CARA TUKAR BUTTON KEGUNAAN MESIN

1. Jika sedang menguli tepung secara forward (ke depan), dan ingin menukar cara menguli tepung ke backward(ke belakang), mesin haruslah dipulas atau diberhentikan pada fungsi ON dahulu dan pastikan mesin betul-betul berhenti.
2. Seterusnya, tekan ke button ‘0’ atau tengah dan tukar ke button backward. Pastikan ketika penukaran button, penekanan button harus berbunyi “tak” baru boleh on semula mesin.
3. Mesin ini tidak boleh terus ‘push’ jika perlu tukar cara pengulian tepung.