TIPS PENJAGAAN BLENDER HEAVY DUTY

Setiap mesin memerlukan penjagaan yang rapi, disini saya akan kongsikan tips penjagaan motor mesin.

Tips ini adalah part paling penting sebelum anda menggunakan mesin ini.

TIPS PENJAGAAN MOTOR DAN FIUS MESIN

  •  tidak boleh berkongsi plug atau menggunakan extension.
  • untuk mengelakkan fius dan motor mesin yang digunakan daripada terbakar.
  • Penggunakan extension atau perkongsian plug apabila menggunakan mesin dan sering terjadi kerosakan kepada fius dan akhirnya merosakkan motor mesin.
  • mesin perlu digunakan secara direct plug, motor terpaksa bekerja melebihi kemampuan. Kesannya fius dan coil pada motor akan mudah terbakar.

 TIPS PERSEDIAN MENGGUNAKAN MESIN

  • persediaan tempat atau bengkel sebelum menggunakan mesin haruslah dititik beratkan.
  • Dari segi kestabilan current, jenis warering sama ada single phase atau three phase di tempat atau bengkel dan juga ruang yang bersesuaian dengan saiz mesin.
  • keadaan tempat haruslah mempunyai power supply yang mencukupi dan stabil untuk menampung motor mesin yang digunakan.

 TIPS PENJAGAAN BLENDER HEAVY DUTY

  • Pastikan bahan yang ingin dikisar dipotong atau dibelah kepada bahagian yang lebih kecil sebelum dikisar.
  • Kapasti bahan yang dimasukkan tidak melebihi paras separuh tong atau bekas pengisar.
  • Bahan mesti dikisar dengan air untuk memudahkan mesin tersebut berfungsi.
  • Serai perlu di potong kecil bagi mengelakkan mata pisau pengisar mudah rosak.
  • Elakkan bahagian motor dan fius terkena air.
  • Pastikan soket mesin tidak di kongsi dan elakkan memakai extension atau soket extension bagi menghalang fius terbakar

TIPS HILANGKAN KOTORAN PADA BLENDER HEAVY DUTY

  • Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar.
  • Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

 TIPS HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA PENGISAR

  •  hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar.
  • goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang.
  • Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

 CARA PEMBERSIHAN MESIN PENGISAR

  • Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kemudian, Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika.
  • Kulit telur yang hancur juga berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih.
  • Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau.