Tips penjagaan mesin powder grinder DC2000

Tips penjagaan motor dan fius mesin

-Ketika menggunakan mesin haruslah secara DIRECT PLUG sahaja
-jangan sesekali menggunakan extension atau perkongsian plug apabila menggunakan mesin ini

Tips had kapasiti bagi penjagaan motor

-jenis had kapasiti iaitu DC1000 utk 1000g dan DC2000 untuk 2000g. Walaupun di mesin ditulis kapasiti tank ialah 1000g iaitu bersamaan dengan 1kg, tetapi mesin ini sebenarnya bersesuaian dengan kapasiti 500- 600g sahaja sekali proses.

Tips mengenai bahan yang sesuai digunakan

-Mesin ini mampu mengisar bahan menjadi halus seperti tepung, sebab ia mempunyai kelajuan 25,000 rpm.
-Syarat wajib bagi menggunakan mesin ini adalah bahan anda gunakan mestilah kering dan dipotong kecil.
-Antaranya bahan yang sesuai ialah seperti gula, beras, biji kopi, kacang, kulit pisang yg sudah dikeringkan dan herba kering yang dipotong

Tips untuk masa mengisar bahan

-Ia hanya boleh diproses selama 10 ke 15 saat kemudian berhentikan sekejap dan lakukan semula proses
-Jika kita proses terlalu lama sehingga 1 minit tanpa henti ia boleh menyebabkan motor mesin mudah terbakar dan berbau hangit