Proses Keropok Lekor Sedap dan Lazat

MESIN PROSES KEROPOK LEKOR

Hai usahawan berjaya, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry kali ini saya nak kongsikan mengenai mesin-mesin yang terlibat dalam Proses Keropok Lekor. Jom baca proses-proses yang terlibat dalam proses keropok lekor.

1. Mesin Uli Tepung

  • untuk uli tepung kami ada beberapa jenis mesin untuk uli tepung. Tapi untuk keropok lekor mesin yang sesuai digunakan adalah Mesin Uli Tepung Vertical (Dough Mixer Vertical)
  • mesin uli tepung ini mempunyai dua saiz iaitu KLM 20 dan KLM50

2. Mesin Membulat Keropok Lekor

  • untuk langkah kedua, gunakan mesin membulat keropok lekor untuk membentukkan keropok.
  • mudah dan senang menggunakan mesin ini untuk membentukkan keropok lekor.
  • mesin ini boleh membentukkan keropok dengan cepat dan dapat menjimatkan masa untuk menggetel keropok.

3. Mesin Keropok Slicer atau Mesin Keropok Slicing

  • selepas langkah kedua, option yer boleh gunakan mesin keropok slicer KRPKSS atau keropok slicing KRPK9 untuk potong keropok.
  • mesin ini akan memudahkan urusan usahawan untuk memotong keropok lekor dalam bentuk slice.

4. Masak (rebus) Keropok Lekor yang telah dibulatkan

  • untuk langkah keempat, masak(rebus) keropok lekor yang telah dibulatkan mengikut berat yang telah ditetapkkan.
  • mesin untuk merebus keropok lekor kena customade yer.

5. Mesin Vacuum Sealer

  • untuk langkah kelima adalah option yer. Jika nak gunakan mesin sealer, vaccum sealer adalah mesin untuk packaging yang sesuai untuk keropok lekor.
  • Mesin ini ada dua jenis yer standing dan table top.

Sekian dulu entri saya pada kali ini, semoga bermanfaat kepada para usahawan keropok lekor atau bakal usahawan keropok lekor.

https://kedaimesinmakanan.com/cara-proses-keropok-lekor-sedap/ ‎