Impak Bisnes Secara Online (musim covid19)
BISNES ‘ONLINE’
Seiring dengan era 2020 masa kini, setiap lapisan masyarakat dikehendaki supaya mempunyai critical thinking dan idea kreatif serta perlu bertindak agresif untuk bersaing meneruskan kehidupan. Pelbagai platform, peluang dan ruang yang telah ‘terbentang’ luas di depan mata kita ! GRAB THE CHANCE ! Hanya diri kita sahaja yang mampu mengubah corak kehidupan kita.
‘FV BAZAAR’ yang telah diasaskan oleh usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof, merupakan salah satu platform terbaik kepada para peniaga F&B bagi memasarkan produk mereka secara online sepanjang bulan Ramadhan. Selain INSTAGRAM, ‘SIFU FB ADS’ adalah antara mentor terbaik yang pernah saya sertai bagi kelas pemasaran di laman sosial FACEBOOK secara atas talian atau online. Pelbagai ilmu serta marketing strategy yang padu dan fresh dapat dipelajari sepanjang menyertai kelas ini. Sesi coaching boleh dipilih oleh para peserta samaada secara individu mahupun berkumpulan. Bayarannya juga sudah pasti berbeza. Sejujurnya, saya sendiri merupakan salah seorang pengguna kesemua platform tersebut untuk memasarkan dessert jualan saya, iaitu ‘Durian Crepe’ dan ‘Puding Roti Mersing’ sepanjang tempoh kuarantin yang lalu. ALHAMDULILLAH ! Sambutan jualan yang sangat positif !
Majoriti 90% usahawan muda di Malaysia kini telah mengikuti kelas SIFU FB ADS ini dan rata-ratanya jualan mereka berkembang maju ! Antaranya idola saya, iaitu usahawan dan pengasas halal mooncake dan kuih bakul, YAYA VICTORY. So, COME ON, GUYS ! Sudah 2020 ! Jangan harapkan KERETA TERBANG SAMATA-MATA ! MINDSET KITA YANG MESTI TERBANG !
SI BIJAK MENCARI JALAN, SI DUNGU MENCARI ALASAN
Mari kita lihat salah satu perniagaan yang amat saya kagumi ‘rentak’nya.
CHATIME.
Siapa sahaja yang tidak mengenali syarikat minuman lifestyle pelbagai perisa yang telah viral di seluruh Malaysia.
Sepanjang tempoh kuarantin yang lalu, saya perhatikan bisnes ini sangat kreatif dan rancak mempromosikan produk mereka yang telah menjadi trend pelbagai golongan di Malaysia, tidak kira umur dan bangsa. Setiap hari, ada sahaja idea-idea fresh dan baru dari marketing team mereka. Laman sosial Instagram telah menjadi ‘pengikat kasih’ antara Chatime dengan para pelanggannya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi kualiti branding perniagaan Chatime.
OH YA ! Ada yang berpendapat, ‘’Bisnes F&B (Food & Beverage) bolehlah ‘survive’…Sebab hari-hari ada orang makan dan minum. Kami ni hanya bisnes jual pakaian & produk kecantikan…Orang tak beli produk kecantikan & pakaian setiap hari..” Ini adalah antara MENTALITI YANG SALAH DAN TIDAK MAJU !
Antara perniagaan produk kecantikan dan telekung yang telah viral di seluruh tanahair, iaitu AINAA BEAUTY dan TELEKUNG NOUREEN adalah antara business online yang aktif dan ‘meletop’ jualannya sepanjang musim PKP yang lalu ! Berdasarkan pemerhatian saya, teamwork & communication antara majikan, leader, agent dan penjual menjadi faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan. INI TELAH TERBUKTI DAN IANYA REALITI ! TIADA YANG MUSTAHIL !
Tidak ketinggalan juga terdapat individu yang menawarkan diri sebagai Runner, Grab Food, Food Panda, iaitu penghantar makanan dan barangan, selain mengambil upah mengutip sampah dari rumah ke rumah sepanjang tempoh PKP yang lalu. ‘NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH’ !
Justeru itu, kita sebagai rakyat marhaen, masih belum terlambat untuk mengubah mindset dan corak kehidupan kita menjadi lebih baik dan maju. D.U.I.T: DOA ! USAHA ! IKHTIAR ! TAWAKKAL ! Sesungguhnya, ‘’ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.’’
COVID-19 / PKP / PKPB / PKPP
Fenomena ini selamanya akan sentiasa terukir di memori dan memahat sejarah di dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Sudah pasti ada hikmah di sebalik-Nya di atas segala yang terjadi.
Jika musibah ini tidak melanda, mana mungkin saya dapat berkarya untuk mencoret nukilan ini buat tatapan para pembaca yang manis lagi budiman.
Wahai Usahawan yang budiman, tanamkan dalam diri anda NAWAITU BERNIAGA adalah kerana ALLAH S.W.T dan mengikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W serta niat untuk membantu insan-insan & hidupan di sekeliling kita yang lebih memerlukan. IN SHAA ALLAH segalanya akan dipermudahkan.
PEMBEKAL MESIN MAKANAN
Kami merupakan syarikat bumiputera pembekal mesin makanan termurah di malaysia 019 911 1017 | 017 791 292 | 011 1196 4612 | 016 746 7852
waffiyindustries@gmail.com
KEDAI MESIN MAKANAN
SHOWROOM (KEDAI)
LOT 39-G, Jalan Dagangan 3, Taman Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
OFFICE MARKETING
NO 22, JALAN SATU, TAMAN JEJAWI PERMAI, 01000 KANGAR PERLIS