Tips Penjagaan Mesin Cucuk Satay Semi Auto
Hai Usahawan Berjaya, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri saya kali ini saya nak berkongsi dengan usahawan yang menggunakan Mesin Cucuk Satay Semi Auto untuk pelbagai proses contohnya untuk cucuk satay, cucuk sosej, dan lain-lain. Apabila kita menggunakan mesin, sebagai pengguna haruslah mengetahui serba sedikit tentang penjagaan asas mesin yang digunakan untuk kegunaan jangka masa yang panjang. So, entri saya pada kali ini ingin berkongsi mengenai tips-tips penjagaan asas mesin cucuk satay.
Tips Penjagaan Asas Mesin Cucuk Satay Semi Auto
Penjagaan paling utama yang perlu usahawan tekankan apabila menggunakan mesin cucuk satay adalah penjagaan motor mesin.
First things yang perlu usahawan lakukan adalah tidak boleh berkongsi plug atau menggunakan extension. Hal ini untuk mengelakkan fius dan motor mesin yang digunakan daripada terbakar. Ramai usahawan yang sering kali menggunakan extension atau perkongsian plug apabila menggunakan mesin dan sering terjadi kerosakan kepada fius dan akhirnya merosakkan motor mesin. Ini berlaku disebabkan mesin tidak digunakan secara direct plug. Oleh itu, motor terpaksa bekerja melebihi kemampuan. Kesannya fius dan coil pada motor akan mudah terbakar.
Ketika menggunakan mesin haruslah secara DIRECT PLUG sahaja. Selain itu, persediaan tempat atau bengkel sebelum menggunakan mesin haruslah dititikberatkan. Contohnya dari segi kestabilan current, jenis wiring sama ada single phase atau three phase di tempat atau bengkel dan juga ruang yang bersesuaian dengan saiz mesin. Secara ringkasnya, keadaan tempat haruslah mempunyai power supply yang mencukupi dan stabil untuk menampung motor mesin yang digunakan. Untuk pengetahuan usahawan, mesin cucuk satay semi auto menggunakan single phase ye.
Kita beralih pula kepada jenis lidi yang digunakan untuk mencucuk satay. Saiz lidi yang sesuai digunakan adalah 8 inci dan lidi satay mestilah dalam keadaan yang baik. Keadaan lidi tidak boleh bengkok ye, dan harus dalam kedaan yang baik. Jika lidi bengkok, ia akan melekat dengan lidi yang lain. Sekiranya lidi melekat terus tekan button stop dan alihkan lidi yang melekat tersebut.
Seterusnya, saya kongsikan cara untuk melakukan proses pembersihan mesin. Apabila menggunakan mesin cucuk satay dengan lama, conveyor akan terkena air ayam atau daging jadi ia akan melekat. Cara cucian atau bersihkan mesin cucuk satay adalah hanya perlu ambil kain basah dan lap sahaja di atas conveyor yang terkena air perapan ayam atau daging. Hal ini kerana, motor mesin cucuk satay tidak boleh terkena air atau sabun kerana ianya akan menyebabkan kerosakkan motor mesin. Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan ‘water gun’. Setiap kali selepas menggunakan mesin, cuci atau sembur air menggunakan water gun untuk mengelakkan conveyor mesin melekat dan rosak. Hanya sembur air dan lap sahaja. Sabun dan air tidak boleh terkena motor ye.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebagai usahawan yang terlibat dengan proses cucuk satay, kita perlulah memberi penekanan tentang penjagaan mesin yang digunakan untuk penggunaan jangka masa yang lama. Ia juga untuk penghasilan produk yang berkualiti dan memastikan perniagaan kita sentiasa bertambah baik dan maju.
Semoga entri kali ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada usahawan yang telah menggunakan mesin cucuk satay semi auto atau baru nak menggunakan mesin cucuk satay. Penjagaan mesin yang rapi sangatlah penting untuk kegunaan jangka masa yang lama dan menjaga kualiti produk yang dihasilkan.
Terima kasih sudi membaca entri saya dan semoga bermanfaat, Sekian dulu dari saya.
https://kedaimesinmakanan.com/tips-penjagaan-m…-satay-semi-auto/