Mesin Multipurpose Cooker Cylinder

Hai Usahawan Berjaya, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya nak kongsikan mengenai Jenis-jenis Mesin Multi Purpose Cooker yang berbentuk Cyclinder. Untuk makluman usahawan, mesin multi purpose cooker boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan contohnya, masak sambal, kuah rojak, kaya, sos dan lain-lain. Mesin Multipurpose Cooker yang berbentuk cylinder mempunyai pelbagai saiz yang diperlukan untuk menampung masakan dalam kuantiti yang banyak.

 Mesin Kaya Cooker

Mesin Multipurpose Cooker yang berbentuk cylinder mempunyai pelbagai saiz dan kegunaaanya. Mesin kaya cooker merupakan mesin yang sesuai untuk masakan yang jenis ‘direct api’ dan ‘double boiling’. Mesin kaya cooker ini mempunyai dapur di bawah mesin yang sesuai untuk masakan yang berterusan. Pengacau atau bilah yang disediakan, dapat membantu untuk sentiasa kacau bahan-bahan yang di masak. Dengan menggunakan mesin ini, mampu untuk menjimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan produk makanan yang lebih cepat dan efisien.

  1. Mesin Kaya Cooker Single Layer

Mesin kaya cooker single layer, mempunyai beberapa jenis kapasiti yang mampu memuatkan bahan-bahan yang diperlukan. Ia terdiri daripada 100 liter, 150 liter dan 200 liter, dan usahawan boleh memilih kapasiti mengikut citarasa dan keperluan usahawan. Jadi mesin ini sangat sesuai untuk masakan yang direct api. Contohnya, kaya, soso pes, kuah rojak dan lain-lain.

  1. Mesin Kaya Cooker Double Layer

Seterusnya, mengenai mesin kaya cooker double layer, mesin ini sesuai untuk bahan masakan yang bersuhu rendah seperti coklat, masak kustard dan sebagainya. Mesin double layer juga sesuai untuk masakan yang jenis ‘double boiling’ kerana mesin ini mempunyai 2 tank di dalam mesin. Double layer juga mempunyai beberapa jenis kapasiti yang usahawan boleh memilih iaitu 50 liter, 100 liter dan 200 liter. Mesin kaya cooker lebih efektif dengan memiliki kapasiti yang lebih besar berbanding kaedah manual.

Untuk usahawan yang ingin memasak dalam kuantiti yang lebih dari 200 liter, jangan risau kerana kami juga membekalkan mesin kaya cooker yang mampu memuatkan sebanyak 300 liter. Kelebihan mesin kaya cooker 300 liter ini, body mesin ini Fully Stainless.

Sampai di sini sahaja, perkongsian entri saya mengenai mesin multipurpose cooker berbentuk cylinder. Semoga bermanfaat dengan perkongsian saya kali ini.