Nak Tahu Rahsia Pengusaha Karipap Memasak Inti Karipap Dengan Cepat??

Penatnyaa nak masak inti karipap, serunding, kerisik, dodol, sambal menggunakan tangan 😭😭
Terasa lambat untuk menyiapkan proses masakan. Haa, mesti anda usahawan pernah mengalami hal yang macm ni kan? Penat nak kacau bahan masakan dalam kuantiti yang banyak dan proses masakan yang lama.

Jangan risau, kami ada solusinya. Jom baca entri di bawah sampai habis.

Mesin dodol ini boleh digunakan untuk mengacau dodol, jem serta pelbagai jenis makanan berkelikatan tinggi.  Bahan api yang digunakan untuk pengadun dodol menggunakan gas yang lebih praktikal dan cekap. Dengan pengadun dodol ini,  anda tidak lagi memerlukan cara untuk membuat dodol dengan proses manual yang menggunakan tenaga dan kurang efisien.

Selain itu, mesin ini membantu memproses pengadunan dan memasak dodol dengan menggunakan bantuan penggerak elektromotor. Mesin ini menggunakan gas untuk memulakan proses pengadunan di mana ia tidak akan memakan banyak masa dan tenaga. Anda juga boleh mendapat hasil yang sekata setiap pemprosesan dodol. Boleh juga digunakan untuk mengacau makanan selain dodol seperti rendang, sambal, kuah kacang dan lain2

Mesin kawah stainless steel mempunyai 2 saiz iaitu 24 inci dan 36 inci. Mesin kawah 24 inci mampu memuatkan dalam 30kg – 40kg untuk sekali proses. Manakal mesin kawah 36 inci mampu memuatkan dalam 70kg untuk sekali proses. Jadi para usahawan boleh memilih saiz yang dikehendaki dan yang bersesuaian.

Jadi, kepada usahawan yang menjalankan perniagaan dodol, sambal, kerisik, serunding dan sebagainya, boleh menarik nafas lega dengan menggunakan mesin ini yang mampu menjimatkan masa, tenaga serta meningkatkan produktiviti.

Sekian dulu entri saya kali ini, semoga bermanfaat..

https://kedaimesinmakanan.com/mesin-pengacau-d…-stainless-steel/

(Yanie 011-1196 4612)