Mesin-Mesin Uli Tepung

MESIN ULI TEPUNG VERTICAL

Untuk menguli tepung atau doh, pelbagai jenis mesin yang kami membekalkan mengikut bahan-bahan yang usahawan perlukan. Untuk mesin uli doh yang pertama, Mesin Uli Tepung Vertical. Mesin ini sesuai untuk menguli tepung untuk bahan-bahan yang berasaskan keropok lekor. Mesin ini mempunyai 2 jenis iaitu, KLM20 dan KLM50. KLM20 mampu memuatkan 20kg bahan dan mempunyai power 1100w. KLM50 pula mampu memuatkan sebanyak 50kg bahan dan power 15w. Mesin Uli Tepung Vertical ini mempunyai corong(paip) untuk mengeluarkan air ketika mesin ini dicuci atau dibasuh. Jadi, bahan yang di uli tidak akan menjadi cepat basi.

MESIN ULI TEPUNG HORIZONTAL

Untuk mesin uli tepung yang kedua, Mesin Uli Tepung Horizontal. Mesin ini mempunyai beberapa jenis kapasiti iaitu 15kg, 25kg dan 50kg mengikut citarasa dan keperluan usahawan. Mesin uli tepung horizontal ni sesuai untuk menguli doh untuk buat karipap, keria, doh mee dan lain-lain. Apabila usahawan menggunakan mesin uli tepung atau doh, mampu untuk usahawan menjimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan produk makanan dengan lebih efisien dan pantas.

MESIN ULI TEPUNG ROTI CANAI

Untuk pengusaha roti canai, jangan risau, kami juga membekalkan Mesin Uli Tepung Roti Canai untuk anda. Mesin uli tepung roti canai ni mempunyai kapasiti sebnayak 25kg tanpa bahan dan 30kg termasuk bahan. Mesin uli tepung roti canai ni sangat sesuai untuk menguli doh roti canai sebab mesin ini menguli secara terbuka dan dapat elakkan doh roti cepat basi. Periuk yang boleh dibuka untuk memudahkan proses mencuci. Mesin ini kurang sesuai untuk adunan roti atau adunan biasa kerana struktur bilah yang tidak sesuai. Mesin ini mempunyai tank dimension 26” x 12”.

PLANETERY MIXER  

Kita beralih pula kepada Mesin Planetery Mixer. Mesin Planetery Mixer juga sesuai untuk djadikan pengadun doh dalam kauntiti yang sedikit,contohnya 10kg ke bawah. Planetery Mixer mempunyai 2 jenis jenama iaitu Innofood dan Orimas. Fungsi untuk mesin ini sama sahaja, Cuma perbezaan jenama. Mesin ini mempunyai 3 jenis kapasiti iaitu B10,B20 dan B30. Untuk B10 mampu memuatkan 1-2 kg bahan, B20 mampu memuatkan 3-4kg bahan manakala B30 mampu memuatkan sehingga 5-7kg bahan. Mesin ini dibekalkan bersama 3 jenis bilah. Mesin ini sesuai untuk mengadun doh seperti doh karipap,doh roti, doh keria dan sebagainya. Apabila usahawan menggunakan mesin ini, geseran tidak terlalu banyak yang akan terhasil dalam adunan yang akan menyebabkan campuran menjadi panas. Campuran yang lebih sekata, lebih halus dan lebih padat. Mesin ini juga sesuai untuk melenyek ubi ye, jadi rugi kalau usahawan tak mencuba mesin ini.

SPIRAL MIXER

Untuk mesin uli tepung yang seterusnya, Mesin Spiral Mixer. Mesin ini mempunyai beberapa jenis kapasiti. H20 boleh memuatkan dalam 20 liter bahan, H30 boleh memuatkan dalam 30 liter bahan, H40 boleh memuatkan dalam 40liter bahan dan H50 mampu memuatkan dalam 50 liter bahan. Mesin Spiral Mixer ni sangat sesuai digunakan untuk pengadun doh seperti pau, donut, kek dan sebagainya. Mesin Spiral Mixer bukan sahaja mampu untuk menjimatkan tenaga manusia tetapi juga menjimatkan masa dan doh yang diuli lebih cantik, gebu, dan lembut. Kuasa mesin jauh lebih kuat daripada planetary mixer sebab mangkuk spiral mixer boleh berpusing semasa pengulian supaya ulian lebih cepat dan laju. Berbanding dengan planetary mixer, mangkuk dan hook spiral mixer tak boleh ditanggalkan untuk dicuci, hanya boleh di lap sahaja selepas digunakan.

https://kedaimesinmakanan.com/mesin-uli-tepung/

(Yanie 011-1196 4612)