Tips Untuk Cili Boh Tahan Lama

Cili Boh merupakan sejenis makanan yang sering kali di cari oleh pengemar masakan pedas atau pun para suri rumah untuk menambah perisa masakan.  Boleh dikatakan, cili boh merupakan satu keperluan dalam masakan di Malaysia untuk menambah rasa pedas pada makanan. Cili Boh merupakan masakan yang mudah didapati di kedai-kedai atau pasaraya.

Secara umumnya, bahan utama cili boh ialah cili kering yang boleh diperoleh di pasar raya, kedai runcit atau kedai yang menjual bahan basah. Harga cili kering agak murah dan anda boleh membelinya secara pukal untuk menghasilkan cili boh yang banyak bagi usahawan Cili Boh.

Untuk menghasilkan cili boh sangat mudah kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Tetapi, tahukah anda cara untuk membuat cili boh agar  tahan lama? jom baca tip-tip untuk cili boh tahan lama.

Bahan-bahan;

  • Cili kering
  • Air panas yang mendidih
  • Garam
  • Minyak masak

Langkah-langkah  untuk menghasilkan cili boh tahan lama

  1. Buang biji cili kering

Gunakan gunting untuk menggunting cili kering dan buang semua bijinya. Anda bebas menggunting dengan style apapun.

  • Rendam

Gunakan air panas untuk merendam cili kering yang telah dibuang bijinya. Rendam selama sejam agar teksturnya lembut dan mudah dikisar.

  • Basuh @ toskan

Basuhkan cili yang direndamkan dan toskan dengan cara yang betul. Pastikan cili tersebut bersih dari sebarang kotoran.

  • Kisar

Kisarkan cili kering + minyak + sedikit garam dalam pengisar. Pastikan anda tidak menggunakan air semasa membuat cili boh agar tahan lama dan lebihkan minyak semasa mengisar.

  • Simpan dalam bekas

Selepas dikisar, cili boh masukkan dalam bekas yang tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Ketika mengambil cili boh, elakkan menggunakan sudu yang digunakan untuk makanan lain agar ia tidak cepat rosak.

Sekian sahaja entry kali ini, semoga bermanfaat kepada semua pengguna Cili Boh.

https://kedaimesinmakanan.com/nak-cili-boh-tah…om-ikut-tips-ini