5 CARA TERKINI MEMASARKAN PRODUK IKS DI MALAYSIA

Produk tempatan kini telah mula mendapat tempat dihatian pengguna negara kita. Ramai yang telah membuka mata tentang peluang kehebatan produk Keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Produk IKS ini bukan sahaja lebih murah tetapi juga berkualiti. Namun begitu, masih ramai penggusaha IKS yang mungkin kurang pengetahuan memasarkan produk mereka supaya lebih mendapat tempat di seluruh Malaysia.

Beberapa cara untuk memasarkan produk IKS yang boleh dilakukan:

  • Melalui media sosial.

Saluran internet telah terbukti berjaya meningkatkan keuntungan sehingga berlipat kali ganda. Usahawan hanya perlu upload gambar produk itu berserta harga dan nombor telefon untuk dihubungi pelanggan.

  • Reka papan tanda dan banner perniagaan yang menarik.

Kebiasaannya, usahawan kecil ini menjalankan operasi perniagaan mereka di kawasan luar bandar ataupun kampung. Alternatif lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna ialah dengan cara mempamerkan signboard, banner dan juga poster.

  • Melantik agen diseluruh negara

Dengan cara ini pelanggan akan lebih mudah untuk mendapatkan produk yang dijual dilokasi yang berhampiran dengan mereka. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk mempromosikan produk kita diseluruh negara.

  • Expo dan Karnival.

Sebagai pengusaha IKS, kita juga amat digalakkan untuk menyertai ekspo mahupun karnival keusahawanan. Karnival atau ekspo ini adalah cara terbaik untuk mempromosikan dan memperkenalkan produk kepada pengguna.

  • Strategi pemasaran kreatif

Strategi pemasaran produk mencerminkan kreativiti dan kesinambungan yang diketengahkan usahawan mahupun organisasi untuk mencapai sasaran pemasaran terbaik. Strategi pemasaran dengan gaya baharu dan unik boleh menarik perhatian, sekaligus memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Selain kualiti produk memuaskan, kreativiti jualan juga kunci utama dalam setiap strategi pemasaran khas dan unik membuatkan pelanggan tidak mudah lupa dengan produk diketengahkan usahawan.

Begitulah cara untuk usahawan memasarkan produk sehingga mereka ke peringkat Antarabangsa.