Resepi Dodol Yang Mudah dan Enak

Dodol adalah salah satu makanan tradisi yang cukup digemari ramai. Memang best makan dodol yang kenyal, manis, dan lembut. Ada juga yang berperisa durian, pandan, coklat, dan sebagainya.

Selama ini mungkin ada antara kita yang ingatkan cara buat dodol agak payah. Sampai ada yang terbayang orang mengacau kawah sambil berpeluh-peluh, betul tak? Tapi sebenarnya, ia bukanlah sesukar yang anda sangkakan. Kalau buat dalam kuantiti yang kecil dan sekadar untuk dimakan sendiri, ianya sangat mudah.

Menjelang hari raya di Malaysia, orang ramai pasti sibuk menyediakan bermacam jenis makanan seperti dodol. Sudah tentu, dodol sentiasa ada semasa musim perayaan yang akan datang.

Jarang sekali kita melihat anak muda atau remaja tahu membuat dodol kerana cara penyediaannya sangat sukar. Kebanyakkannya hanya orang yang berusia sahaja yang mahir dalam membuat manisan ini memandangkan cara memasaknya juga sukar dan memakan masa yang agak lama iaitu sekitar 4 jam hingga 8 jam. Semakin lama dodol dimasak, maka semakin tahan dodol tersebut.

Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam memasak manisan dodol ialah;

  • Santan pekat
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Tepung beras
  • Air
  • Daun pandan (untuk mewangikan dodol)

Cara ringkas penyediaan dodol seperti berikut;

  1. Panaskan kawah
  2. Bancuh tepung beras dengan air suam
  3. Masukkan bancuhan tepung (2) ke dalam kawah
  4. Masukkan santan ke dalam kawah
  5. Kacau sehingga mendidih dan masukkan gula Melaka
  6. Kacau hingga larut dan masukkan daun pandan
  7. Masak sehingga likat selama 4 jam hingga ke 8 jam

Masakan tradisional ini banyak menambat hati masyarakat kerana keenakkannya dan harga yang murah. Masakan ini juga sangat popular di kalangan kita kerana terdapat keunikan dalam memasak dan cara penyediaan manisan tersebut.

Dodol mempunyai warna yang gelap iaitu hitam dan tekstur yang lembut dan sedikit melekit. Kini, terdapat pelbagai warna dan perisa dodol yang dihasilkan di pasaran untuk memvariasikan dan mencipta keunikan yang berbeza dengan yang lain.

Sampai di sini sahaja perkongsian mengenai makanan tradisional iaitu dodol. Makanan turun temurun ini seharusnya dikuasai cara penyediaannya oleh anak muda agar ia tidak luput dimakan zaman.

https://kedaimesinmakanan.com/resepi-mudah-unt…-dodol-yang-enak/