RESEPI PAU ENAK DAN GEBU!!!

Kuih Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam, sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran. untuk dapatkan pau gebu gebas dan tak berkedut ada caranya yang tersendiri.

Keadah yang digunakan semasa membuat doh dan mengukus adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil pau yang lembut dan gebu. Jom ikuti resepi buat pau.

  • 3 sudu minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gulu
  • 1/2 cawan air suam
  • sedikit garam

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih
  2. Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam, dan minyak masak digaul dengan sebati
  3. Masukkan campuran yis tadi, uli sehingga menjadikan doh dan bentukkan doh menjadi bulat
  4. Biarkan doh pau naik mengembang dan tutup dengan plastik atau kain.
  5. Leperkan doh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi.
  6. Kukus pau selama 10 minit dengan api yang sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut)
  7. Balut penutup kukusan dengan kain
  8. Lepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudungnya untuk elak pau berkedut.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan .

kami akan kongsikan mesin-mesin untuk proses buat pau yang sesuai digunakan :

Mesin spiral mixer

Mesin Pau

disini kami ada bekalakan mesin yang memudahkan kerja anda .