Proses Penghasilan Kerisik Yang Cantik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pengusaha Kerisik Malaysia. Entry kali ini nak berkongsi resepi untuk menghasilkan Kerisik yang Cantik dan Halus. Kali ini juga kami kongsikan mesin yang sesuai digunakan untuk membuat kerisik😊

Secara umumnya kerisik amat mudah untuk diperolehi di kedai-kedai atau pasaraya yang membekalkan kerisik, tetapi dengan menghasilkan kerisik dengan sendiri atau ‘homemade’ ia dapat menimbulkan kepuasan dengan penghasilan yang kita lakukan.

Untuk menghasilkan kerisik sangat mudah kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Tetapi, tahukah anda bagaimana membuat kerisik menggunakan mesin yang akan memudahkan urusan penghasilan kerisik? Disini saya akan kongsikan.

1. Mesin Parut Kelapa

  • untuk langkah pertama,parut kelapa dengan menggunakan Mesin Parut Kelapa(Coconut Grinder) mesin ni ada 2 jenis Stainless Steel dan Galvanized
  • mesin parut kelapa akan memudahkan urusan untuk mendapatkan hasil kelapa yang cantik dan putih
  • mesin parut kelapa juga dapat menjimatkan masa

2. Mesin Kawah Stainless Steel

  • untuk langkah kedua gunakan mesin ini untuk memasak / goreng kerisik yang telah diparut.
  • nak kongsi tips sikit untuk mendapatkan kerisik halusí dan cantik goreng kerisik sedikit garing yaa,tapi jangan sampai hangit
  • dengan menggunakan mesin kawah ni amat memudahkan dan menjimatkan masa serta tenaga

3. Mesin Blender Heavy Duty Local

  • untuk langkah ketiga, gunakan blender heavy duty untuk mendapatkan hasil kerisik yang halus.
  • bilah pisau dapat menghasilkan kerisik menjadi cantik dan halus.
  • mempunyai dua jenis saiz mesin iaitu BL09 dan BL13
  • boleh mendapatkan hasil kerisik dengan cepart.

Ini sahaja perkongsian dari saya mengenai proses kerisik. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua, terima kasih.